hi! please support me by clicking the ads, thank you ♥

Pages

Wednesday, June 26, 2019

Cara Mohon Transkrip UiTM 2019 dan Surat Pengesahan Tamat Pengajian UiTM 2019

assalamualaikum semua!
dah lama tak update. kali ni i nak share perkara yg sama.
CARA MOHON TRANSKRIP UiTM 2019 & SURAT TAMAT PENGAJIAN UiTM 2019.
prosedur berubah-ubah. so since, my sis baru je mohon why not i share kan cara yang paling latest setakat ini.

1. MOHON TRANSKRIP ONLINE DAN BAYAR KEPADA BENDAHARI
klik SINI untuk mohon MOHON TRANSKRIP RASMI anda secara online.
isikan maklumat pengajian anda dan klik LOGIN


kemudian, klik button New Application


lepastu, isikan form ni. ada option boleh ambik by hand atau pos ke alamat rumah /universiti.
RM 10.00  SELF COLLECT / POST 
okay. so for my sis. haruslah ambik yg by pos ke alamat rumah sebab harga pun sama.

okay. lepastu kena upload salinan IC yang disahkan dalam format PDF.  
habis isi dan upload. klik Submit Application!


bil anda akan dijana pada hari yang sama permohonan dihantar secara online.

lepastu boleh klik SINI untuk semak bil anda di Portal Pelajar. atau lebih mudah, klik link dibawah kemudian edit nombor id pelajar anda dihujung link tersebut

lepas bil dah dijana je, bolehlah pergi bayar kat ATM atau melalui Bank Islam online banking.
sama je cara macam bayar yuran setiap sem.
untuk cara bayar bil melalui ATM Bank Islam, boleh click SINI
untuk cara bayar bil melalui Bank Islam online banking (www.bankislam.biz),boleh click SINI
settled.
sila SIMPAN BUKTI PEMBAYARAN. simpan slip elok elok ok :D 

2. DOWNLOAD DAN ISI BORANG PERMOHONAN

i.  Borang Permohonan Transkrip 
borang ni dah isi online seperti yang diatas tadi, lepas bayar. korang tunggu payment status dia tulis PAID. save borang tu as PDF.

ii. Borang Permohonan Surat Pengesahan Pelajar - download
lepas download. isi borang ni.
tak reti nak isi sebab pdf?
open guna Adobe Acrobat Reader DC. click dekat Fill & Sign.
lepastu isi la boleh sign lagi >.<
jangan lupa SAVE tau!
takde Adobe Acrobat Reader DC klik SINI untuk install



3. EMEL KEPADA PEGAWAI BERTUGAS
klik SINI untuk semak siapa pegawai bertugas untuk fac korang
kenalpasti siapa kerani/ kerani kanan yg incharge pastu take note email dia.

as for my sis. Fakulti Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), 


pastu emel pegawai bertugas tu. attached sekali borang mohon transkrip and borang pengesahan pelajar yang lengkap dan slip bayaran.

To         : umi345@uitm.edu.my
Subject : BORANG PERMOHONAN TRANSKRIP, BORANG PENGESAHAN PELAJAR & SLIP BAYARAN
        Kepada: Pn. Umi Khalsom Othman, Kerani Kanan
Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Saya Amirah 'Adlina XXXXX (2015283XXX), pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Muamalat (Kepujian), Fakulti Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Shah Alam ingin membuat permohonan transkrip akademik dan surat pengesahan tamat pengajian.
Cara tuntutan : Pos
Saya turut kepilkan :
1. Borang Permohonan Transkrip
2. Borang Permohonan Surat Pengesahan Pelajar
3. Slip Pembayaran Bil Pelajar
Terima kasih.
        Amirah 'Adlina
        017-3333333
        amyrxxxx@yahoo.com

4. TERIMA & TAMAT

lebih mudah kan? proses pencetakan/pengeposan dalam masa 4 hari bekerja selepas bil dibayar.(biasanya dalam masa 5 hari)
ambik masa 9 hari untuk sampai dari tarikh pos (dalam Selangor).

18/04 Apply
19/04 Bayar Bil
22/04 Dokumen Dicetak
24/04 Dokumen Dipos 
02/05 Terima Dokumen

macam my sis, dia ambik masa dalam 15 hari daripada tarikh mohon, bayar dan sampai rumah :)







okay. itu je perkongsian kali ni,
bye :) 
p/s: congratulations yg dah tamat belajar or yg nak sambung belajar :) 
all the best!


amyryqa.my






sumber : 
BAHAGIAN PENGURUSAN REKOD & KONVOKESYEN UiTM
BAHAGIAN PENGURUSAN KEWANGAN PELAJAR UiTM


kredit:
Amirah 'Adlina

p/s: dear readers/blogger/UiTMians, sila jangan plagiat pos ini. credit mana credit

#transkripuitm #caramohontranskripuitm #transkripuitm2019



share la experience korang di ruangan komen. boleh tambah info untuk kawan-kawan UiTM lain :)