hi! please support me by clicking the ads, thank you ♥

Pages

Monday, October 9, 2017

Cara Mohon Transkrip Akademik dan Surat Pengesahan Tamat Pengajian UiTM 2019

updated 2019

assalamualaikum semua!
dah lama tak update. kali ni i nak share perkara yg sama.
CARA MOHON TRANSKRIP UiTM 2019 & SURAT TAMAT PENGAJIAN UiTM 2019.
prosedur berubah-ubah. so since, my sis baru je mohon why not i share kan cara yang paling latest setakat ini.

1. MOHON TRANSKRIP ONLINE DAN BAYAR KEPADA BENDAHARI
klik SINI untuk mohon MOHON TRANSKRIP RASMI anda secara online.
isikan maklumat pengajian anda dan klik LOGIN


kemudian, klik button New Application


lepastu, isikan form ni. ada option boleh ambik by hand atau pos ke alamat rumah /universiti.
RM 10.00  SELF COLLECT / POST 
okay. so for my sis. haruslah ambik yg by pos ke alamat rumah sebab harga pun sama.

okay. lepastu kena upload salinan IC yang disahkan dalam format PDF.  
habis isi dan upload. klik Submit Application!


bil anda akan dijana pada hari yang sama permohonan dihantar secara online.

lepastu boleh klik SINI untuk semak bil anda di Portal Pelajar. atau lebih mudah, klik link dibawah kemudian edit nombor id pelajar anda dihujung link tersebut

lepas bil dah dijana je, bolehlah pergi bayar kat ATM atau melalui Bank Islam online banking.
sama je cara macam bayar yuran setiap sem.
untuk cara bayar bil melalui ATM Bank Islam, boleh click SINI
untuk cara bayar bil melalui Bank Islam online banking (www.bankislam.biz),boleh click SINI
settled.
sila SIMPAN BUKTI PEMBAYARAN. simpan slip elok elok ok :D 

2. DOWNLOAD DAN ISI BORANG PERMOHONAN

i.  Borang Permohonan Transkrip 
borang ni dah isi online seperti yang diatas tadi, lepas bayar. korang tunggu payment status dia tulis PAID. save borang tu as PDF.

ii. Borang Permohonan Surat Pengesahan Pelajar - download
lepas download. isi borang ni.
tak reti nak isi sebab pdf?
open guna Adobe Acrobat Reader DC. click dekat Fill & Sign.
lepastu isi la boleh sign lagi >.<
jangan lupa SAVE tau!
takde Adobe Acrobat Reader DC klik SINI untuk install


3. EMEL KEPADA PEGAWAI BERTUGAS
klik SINI untuk semak siapa pegawai bertugas untuk fac korang
kenalpasti siapa kerani/ kerani kanan yg incharge pastu take note email dia.

as for my sis. Fakulti Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), 


pastu emel pegawai bertugas tu. attached sekali borang mohon transkrip and borang pengesahan pelajar yang lengkap dan slip bayaran.

To         : umi345@uitm.edu.my
Subject : BORANG PERMOHONAN TRANSKRIP, BORANG PENGESAHAN PELAJAR & SLIP BAYARAN
        Kepada: Pn. Umi Khalsom Othman, Kerani Kanan
Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Saya Amirah 'Adlina XXXXX (2015283XXX), pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Muamalat (Kepujian), Fakulti Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Shah Alam ingin membuat permohonan transkrip akademik dan surat pengesahan tamat pengajian.
Cara tuntutan : Pos
Saya turut kepilkan :
1. Borang Permohonan Transkrip
2. Borang Permohonan Surat Pengesahan Pelajar
3. Slip Pembayaran Bil Pelajar
Terima kasih.
        Amirah 'Adlina
        017-3333333
        amyrxxxx@yahoo.com

4. TERIMA & TAMAT

lebih mudah kan? proses pencetakan/pengeposan dalam masa 4 hari bekerja selepas bil dibayar.(biasanya dalam masa 5 hari)
ambik masa 9 hari untuk sampai dari tarikh pos (dalam Selangor).

18/04 Apply
19/04 Bayar Bil
22/04 Dokumen Dicetak
24/04 Dokumen Dipos 
02/05 Terima Dokumen

macam my sis, dia ambik masa dalam 15 hari daripada tarikh mohon, bayar dan sampai rumah :)





okay. itu je perkongsian kali ni,
bye :) 
p/s: congratulations yg dah tamat belajar or yg nak sambung belajar :) 
all the best!

amyryqa.my






sumber : 
BAHAGIAN PENGURUSAN REKOD & KONVOKESYEN UiTM
BAHAGIAN PENGURUSAN KEWANGAN PELAJAR UiTM


kredit:
Amirah 'Adlina

p/s: dear readers/blogger/UiTMians, sila jangan plagiat pos ini. credit mana credit

#transkripuitm #caramohontranskripuitm #transkripuitm2019



share la experience korang di ruangan komen. boleh tambah info untuk kawan-kawan UiTM lain :)

38 comments:

  1. Replies
    1. hi, thank you Fafa! all the best & congradulations 🎓🎓

      Delete
    2. kalau nak mohon sijil ijazah mcm mne? sy dh dua tahun konvo. mse konvo, rasanye diorang bg academic transcript je. tp bila call bhgian konvo, diorang ckp dh bg sijil mse pulang jubah. kalau nk jgak, kne mohon atas sbab hilang. sme ke procedure untk minta sijil ijazah dgn academic transcript? Thanks in advance.

      Delete
    3. kalau nak mohon sijil ijazah, boleh ikuti procedure yg sama tapi download dan isi borang ini sahaja http://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/images/borang/skrol.pdf

      sepatutnya tiada bayaran sbb dia termasuk dengan bil konvo (transkrip & skrol). tapi utk kes awak, kalau dia categorize kan hilang and mereka tak bertanggungjawab,saya tak pasti bayaran dia. awak boleh call tanya and nego.and cetak sekali bil uitm yg dulu.

      Delete
  2. assalam sis, untuk sijil tamat pengajian dikenakan bayaran atau tidak?sbb saya confius ada lagi satu bil dijana selain bil transcript.,and harga bayaran pun sama mcm harga transcript.

    ReplyDelete
  3. assalam, sy tersilap mohon 2 transkrip . so bil dah tulis rm20 . Macam mana nak cancel and resubmit balik eh ?

    ReplyDelete
  4. hi nak tanya boleh ke minta pihak uitm emailkan transkrip je ya?

    ReplyDelete
  5. Nak tanya kalau nk mintak skrol yg hilang kena mohon Surat Tamat Pengajian or Surat Pengesahan Bergraduat? Tak faham la yg mana satu ni??

    ReplyDelete
  6. Nak tanya kalau nk mintak skrol yg hilang kena mohon Surat Tamat Pengajian or Surat Pengesahan Bergraduat? Tak faham la yg mana satu ni??

    ReplyDelete
  7. nak tanya. kalau dah graduate tahun 2015 tapi transkrip hilang atau rosak. boleh guna cara ni tak untuk mohon yang baru?atau ade cara lain?

    ReplyDelete
  8. Assalamua'laikum, saya cuba email kepada " prpk@salam.uitm.edu.my " tetapi ia tidak dapat di hantar. saya dapat satu email berkata "
    Message not delivered
    " Your message couldn't be delivered to prpk@salam.uitm.edu.my because the remote server is misconfigured. See technical details below for more information. "

    ada saya silap apa2 kah atau alamat email nya silap?

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. kalau terbuang slip bayaran tu macam mna ye?

    ReplyDelete
  11. salam sis, link direct ke borang permohonan transkrip tu tak boleh tekan. page error

    ReplyDelete
  12. Assalam sis, kenapa borang permohonan transcript tak boleh download?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, I got the same problem, how did you solve it?

      Delete
  13. Assalamualaikum. Boleh tak saya nak tahu surat tu dapat macam mana? Saya mohon transcript dan surat pengesahan tamat pengajian tapi saya dapat hanyalah official transcript? Memang itu sahaja atau ada lagi helaian untuk surat pengesahan tamat pengajian?

    ReplyDelete
  14. Salam..untuk pengetahuan sekarang permohonan transkrip hanya boleh dilakukan secara online sahaja http://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/perkhidmatan-muat-turun.html
    Untuk surat pengesahan pelajar ,,pelajar perlu download borang surat pengesahan dan email kepada person incharge dan mention sudah membuat permohonan transkrip online
    Nanti person incharge tu akan kepilkan sekali dengan transrip online yang kamu minta
    Perlu diigatkan prosedur adalah 5 hari bekerja (seminggu) dari tarikh pembayaran bukan dari tarikh kamu buat online..so mane yang lambat bayar tu lambat la siap transkrip

    ReplyDelete
  15. kenapa saya xleh nak bukak yg borang2 tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi. untuk yang terkini semua urusan melalui online direct ke website konvokesyen uitm http://simsweb.uitm.edu.my/SPORTAL_APP/APPLY_TRANSCRIPT_ONLINE/login_form.cfm
      tq.

      Delete
  16. salam.. nak tanya kalau dah dpt official transcript sebelum konvo.. dpt lagi ke tak masa konvo nanti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat juga masa convo nanti. Yang kita apply ni, dapat salinan kertas ja

      Delete
  17. TERIMA KASIH SIS , IANYA SANGAT MEMBANTU ! SANGAT DETAIL SIS AJAR . MAY ALLAH BLESS YOU :)

    ReplyDelete
  18. knp sya xblh tekan nk buat payment ye?

    ReplyDelete
  19. Hai,

    Nak tanya yang upload ic tu mmg kena certified ke?

    ReplyDelete
  20. Hai, nak tanya boleh pos ke universiti lain? COntohnya, ke UTM.

    ReplyDelete
  21. Ada apa2 syarat tak sebelum boleh mohon transkrip? Kena ade surat apa2 ke?

    ReplyDelete
  22. Berapa hari proses UNPAID to PAID ambil masa?

    ReplyDelete
  23. kalau nak apply transkrip yg hilang sama ke cara dia dgn new application ni?

    ReplyDelete
  24. kalau dh pernah apply transcript, baru nk apply utk sijil berhenti kene bayar jugak or guna resit transcript utk mohon sijil berhenti?

    ReplyDelete
  25. Macam mana nak mohon surat pengesahan tamat pengajian saja?

    ReplyDelete
  26. hai assalamualaikum, nak tanya apa yang dimaksudkan dengan "certified copies" untuk salinan IC yer, dan siapa perlu sahkan? Terima Kasih

    ReplyDelete
  27. surat pengesahan pelajar yg dihantar kepada staff tu hanya utk uitm shah alam sahaja atau semua uitm?

    ReplyDelete
  28. Salam sis, blh ke kalau saya email saja (borang permohonan transkrip, borang permohonan surat pengesahan pelajar dengan slip pembayaran bil pelajar) tu? maksudnya mcm blh ke kalau saya x hantar hard copy hanya hantar soft copy since saya dah email sume borang tu.

    ReplyDelete
  29. salam, nak tanya, kalau nak mohon sijil tamat pengajian (bukan transkrip) pun kena follow step no. 1 tu ke untuk jana bil? sbb kalau ikutkan, step no 1 tu tulis transkrip online application form.

    ReplyDelete
  30. Terima kasih...maklumat yang sgt membantu..sy dah serah segala dokumen yg diperlukan kepada pihak uitm,cuma tunggu respond dari mereka.

    ReplyDelete