hi! please support me by clicking the ads, thank you ♥

Pages

Monday, October 9, 2017

Cara Mohon Transkrip Akademik dan Surat Pengesahan Tamat Pengajian UiTM 2019

updated 2019

assalamualaikum semua!
dah lama tak update. kali ni i nak share perkara yg sama.
CARA MOHON TRANSKRIP UiTM 2019 & SURAT TAMAT PENGAJIAN UiTM 2019.
prosedur berubah-ubah. so since, my sis baru je mohon why not i share kan cara yang paling latest setakat ini.

1. MOHON TRANSKRIP ONLINE DAN BAYAR KEPADA BENDAHARI
klik SINI untuk mohon MOHON TRANSKRIP RASMI anda secara online.
isikan maklumat pengajian anda dan klik LOGIN


kemudian, klik button New Application


lepastu, isikan form ni. ada option boleh ambik by hand atau pos ke alamat rumah /universiti.
RM 10.00  SELF COLLECT / POST 
okay. so for my sis. haruslah ambik yg by pos ke alamat rumah sebab harga pun sama.

okay. lepastu kena upload salinan IC yang disahkan dalam format PDF.  
habis isi dan upload. klik Submit Application!


bil anda akan dijana pada hari yang sama permohonan dihantar secara online.

lepastu boleh klik SINI untuk semak bil anda di Portal Pelajar. atau lebih mudah, klik link dibawah kemudian edit nombor id pelajar anda dihujung link tersebut

lepas bil dah dijana je, bolehlah pergi bayar kat ATM atau melalui Bank Islam online banking.
sama je cara macam bayar yuran setiap sem.
untuk cara bayar bil melalui ATM Bank Islam, boleh click SINI
untuk cara bayar bil melalui Bank Islam online banking (www.bankislam.biz),boleh click SINI
settled.
sila SIMPAN BUKTI PEMBAYARAN. simpan slip elok elok ok :D 

2. DOWNLOAD DAN ISI BORANG PERMOHONAN

i.  Borang Permohonan Transkrip 
borang ni dah isi online seperti yang diatas tadi, lepas bayar. korang tunggu payment status dia tulis PAID. save borang tu as PDF.

ii. Borang Permohonan Surat Pengesahan Pelajar - download
lepas download. isi borang ni.
tak reti nak isi sebab pdf?
open guna Adobe Acrobat Reader DC. click dekat Fill & Sign.
lepastu isi la boleh sign lagi >.<
jangan lupa SAVE tau!
takde Adobe Acrobat Reader DC klik SINI untuk install


3. EMEL KEPADA PEGAWAI BERTUGAS
klik SINI untuk semak siapa pegawai bertugas untuk fac korang
kenalpasti siapa kerani/ kerani kanan yg incharge pastu take note email dia.

as for my sis. Fakulti Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), 


pastu emel pegawai bertugas tu. attached sekali borang mohon transkrip and borang pengesahan pelajar yang lengkap dan slip bayaran.

To         : umi345@uitm.edu.my
Subject : BORANG PERMOHONAN TRANSKRIP, BORANG PENGESAHAN PELAJAR & SLIP BAYARAN
        Kepada: Pn. Umi Khalsom Othman, Kerani Kanan
Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Saya Amirah 'Adlina XXXXX (2015283XXX), pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Muamalat (Kepujian), Fakulti Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Shah Alam ingin membuat permohonan transkrip akademik dan surat pengesahan tamat pengajian.
Cara tuntutan : Pos
Saya turut kepilkan :
1. Borang Permohonan Transkrip
2. Borang Permohonan Surat Pengesahan Pelajar
3. Slip Pembayaran Bil Pelajar
Terima kasih.
        Amirah 'Adlina
        017-3333333
        amyrxxxx@yahoo.com

4. TERIMA & TAMAT

lebih mudah kan? proses pencetakan/pengeposan dalam masa 4 hari bekerja selepas bil dibayar.(biasanya dalam masa 5 hari)
ambik masa 9 hari untuk sampai dari tarikh pos (dalam Selangor).

18/04 Apply
19/04 Bayar Bil
22/04 Dokumen Dicetak
24/04 Dokumen Dipos 
02/05 Terima Dokumen

macam my sis, dia ambik masa dalam 15 hari daripada tarikh mohon, bayar dan sampai rumah :)





okay. itu je perkongsian kali ni,
bye :) 
p/s: congratulations yg dah tamat belajar or yg nak sambung belajar :) 
all the best!

amyryqa.my






sumber : 
BAHAGIAN PENGURUSAN REKOD & KONVOKESYEN UiTM
BAHAGIAN PENGURUSAN KEWANGAN PELAJAR UiTM


kredit:
Amirah 'Adlina

p/s: dear readers/blogger/UiTMians, sila jangan plagiat pos ini. credit mana credit

#transkripuitm #caramohontranskripuitm #transkripuitm2019



share la experience korang di ruangan komen. boleh tambah info untuk kawan-kawan UiTM lain :)

Friday, August 4, 2017

Asimilasi Dalam Kalangan Masyarakat Baba Dan Nyonya di Melaka

klik sini untuk muat turun artikel


oleh;
Amirah ‘Atiqah Binti Badrul Hisham 

Pengenalan
MENURUT Kamus Dewan Edisi ke Empat, asimilasi bermaksud pemaduan bermacam-macam atau jenis atau berbagai-bagai unsur menjadi satu seperti pemaduan unsur-unsur dari kebudayaan yang berlainan menjadi satu kebudayaan. Dalam proses asimilasi, percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik dari budaya yang berlainan membentuk satu kelompok baru dengan kebudayaan dan identiti yang sama dalam tempoh masa tertentu. Menurut seorang ahli sosiologi,Vander Zanden, asimilasi ialah satu proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama. Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. Kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti. Terdapat banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik dan kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoriti. Masyarakat merupakan satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusundalam menjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka hidup bersama.Terdapat perhubungan terus menerus dalam kalangan mereka yang masih hidup dan kekal selama berabad-abad. Satu kumpulan atau kelompok manusia yang hidup saling berorganisasi, berbincang, bekerjasama dalam mengatur kerja secara kolektif, mampu menyatukan buah fikiran dan tindakan sehingga terjalin hubungan antara satu sama lain serta lahir satu sistem yang dinamakan sebagai kebudayaan. ( Roucek & Warren, 1979).

Sejarah Baba Nyonya
Menurut Koh Kim Bok, masyarakat dan generasi baba dan nyonya terhasil dari perkahwinan campur di antara perantau-perantau cina dan wanita-wanita tempatan. Selain itu, faktor perkembangan masyarakat baba dan nyonya adalah kerana mereka amat menggalakkan perkahwinan di antara kaum lelaki mereka dengan wanita-wanita tempatan. Selain itu, anak perempuan generasi baba dan nyonya digalakkan berkahwin dengan perantau dari negara China dan tidak dibenarkan berkahwin dengan lelaki tempatan. Pada pertengahan abad ke-19, ramaiimigran Cina datang ke Tanah Melayu, hasilnya, masyarakat Baba dan Nyonya semakin berkembang melalui asimilasi dengan masyarakat Melayu atau masyarakat Baba Nyonya. Dr.Lee Su Kim, Professor Madya dari Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sosial Sainsdan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, adat budaya unik masyarakat Baba Nyonya terhasil daripada perkahwinan campur antara pedagang dari wilayah Fujian, Tenggara China dengan masyarakat tempatan di Melaka hampir 700 tahun dahulu. Mereka mengamalkan cara hidup orang Melayu dari segi percakapan, pakaian dan juga makanan. Dari Melaka, kaum itu berhijrah ke Pulau Pinang dan Singapura.

Budaya
Menurut Dr. Lee Su Kim lagi selaku Presiden Presiden Persatuan Peranakan Baba Nyonya Kuala Lumpur dan Selangor itu, masyarakat Baba Nyonya Melaka bertutur dengan bahasa mereka sendiri iaitu campuran Melayu dialek Baba, manakala Pulau Pinang menggunakan dialek Hokkien. Masyarakat Baba dan Nyonya juga mengamalkan sifat-sifat dan tingkah laku wanita Melayu seperti peramah, suka melatah dan berbual-bual di kaki lima pada waktu petang. Keseluruhannya, penyelidik mendapati daripada keputusan yang diperoleh melalui penyelidikan yang dijalankan, didapati bahawa masyarakat Baba dan Nyonya masih teguh mengamalkan cara hidup kemelayuan sehingga kini. Mereka sayang untuk meninggalkan budaya yang unik itu begitu sahaja. Mereka sanggup mempertahankan budaya masyarakat Baba dan Nyonya. Percampuran budaya dan adat antara masyarakat Cina dan masyarakat Melayu dalam masyarakat Baba dan Nyonya telah membuktikan akan keakraban dan perpaduan yang wujud dalam masyarakat tersebut, malah masih mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan bermasyarakat. Jika tiada percampuran tersebut, maka masyarakat Baba dan Nyonya tidak akan wujud.
 
Adat
Masyarakat Baba dan Nyonya sedikit sebanyak telah mewarisi budaya masyarakat Melayu khususnya. Oleh hal yang demikian, tidak dinafikan bahawa sehingga kini masih ada lagi masyarakat Baba dan Nyonya yang menjadikan amalan dan pegangan masyarakat Melayu dalam kehidupan seharian mereka. Banyak pantang larang dan kepercayaan masyarakat Melayu telah iamalkan dalam kebudayaan masyarakat Baba dan Nyonya. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa masyarakat Baba dan Nyonya mempunyai mirip yang sama dengan masyarakat Melayu. Dalam adat perkahwinan Baba Nyonya kata beliau, kemeriahan cukup terasa di manamereka juga mempunyai acara bersanding dan juga persembahan seperti dondang sayang, ronggeng, joget lambak dan sebagainya.

Pakaian
Gaya Baba dan Nyonya berpakaian memperlihatkan ia dipengaruhi kebudayaan Melayu.Masyarakat Baba dan Nyonya tidak memakai pakaian seperti Samfoo, Cheongsam atau seluar panjang seperti kebanyakan orang cina namun, mereka memakai pakaian Melayu yang diubahsuai mengikut kehendak mereka. Sebagai contoh, kain sarung dan baju kebaya yang terdapat banyak sulaman yang bermotifkan bunga dan disematkan perhiasan barang kemas ketika memakainya. Lazimnya, Nyonya lebih gemar memakai tiga pucuk cucuk sanggul pada sanggul mereka. Bagi Nyonya yang bertindik pula, mereka memakai subang atau anting-anting sepertikebudayaan melayu (Koh Kim Bok, 2013). Menurut Dr Lee Su Kim, kaum Nyonya dahulu memakai baju panjang dipadankan dengan kain sarung dari Pekalongan, Indonesia. Mereka turut mengenakan perhiasan seperti kerongsang dan gelang selain pemakaian kasut manik yang sangatunik. Tambahan lagi, wanita Baba Nyonya memilih kebaya pendek yang lebih cantik dengan jahitan kerawang bermotif bunga dan haiwan untuk dipadankan bersama kain sarung.

Makanan
Menurut Koh Kim Bok, cara pemakanan masyarakat Baba dan Nyonya dipengaruhi kebudayaan Melayu. Seperti wanita melayu, nyonya-nyonya memakan sirih dan mengunyah daun tembakau. Mereka suka memakan dan memasak lauk atau masakan bermpah dan pedas seperti masak asam,sambal tumis, sambal cili gararam, buah keluak, masak lemak, sambal belacan, kuah lada dan rendang. Ulaman seperti jering, petai , pegaga, jantung pisang dan pucuk daun juga sebahagian
daripada makanan kegemaran masyarkat Baba dan Nyonya. Masyarakat Baba dan Nyonya juga lebih gemar makan menggunakan tangan daripada sudu atau penyepit. Kesimpulannya, selera makan dan cara pemakanan masyarakat Baba dan Nyonya sama seperti masyarakat melayu.

Cabaran
Masyarakat Baba dan Nyonya mempunyai kelompok kaum mereka yang tersendiri. Mereka dikatakan sebagai bukan orang Cina kerana kebanyakan keturunan mereka mengamalkan danmewarisi kebudayaan Melayu bukan Cina. Oleh kerana bahasa Cina mereka kurang difahami, orang Cina menganggap masyarakat Baba dan Nyonya seperti orang Melayu. Budaya pantun-memantun adalah salah satu budaya masyarakat Baba dan Nyonya yang kian dilupakan. Generasi Baba dan Nyonya sekarang tidak menghargai warisan merek seperti barang antic dan rumah pusaka. (Koh Kim Bok, 2013)

Kesimpulan
Budaya masyarakat Baba dan Nyonya semakin pudar kerana sebahagian generasi kini tidak mewaridi tradisi dan adat mereka. Namun begitu, masih ada lagi yang memperjuangkan usaha dalam membudayakan hidup Baba dan Nyonya ini. Percampuran budaya dan adat antara masyarakat Cina dan masyarakat Melayu dalam masyarakat Baba dan Nyonya telah membuktikan akan keakraban dan perpaduan yang wujud dalam masyarakat tersebut, malah mereka mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan bermasyarakat. Sekiranya percampuran antara kaum Melayu dan Cina tidak berlaku, maka masyarakat Baba dan Nyonya tidak akan wujud.


SENARAI RUJUKAN
Koh., K. B. 2013, Sejarah, Cabaran dan Masa Hadapan Masyarakat Baba Nyonya. Badan Kesenian Baba Nyonya Negeri Melaka. Malaysia : Melaka.

Bintu., R. A. R. 2010, Kisah Kebaya Nyonya. Utusan Malaysia, Utusan Melayu (M) Berhad, Malaysia : Kuala Lumpur. 

Vijayaletchumy., S. & Wan., M. R. W. M., 2009. Cara Hidup Kemelayuan Masih Lagi Menjadi Pegangan dan Amalan Masyarkat Baba dan Nyonya di Malaysia, Jurnal Aswara, Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Malaysia : Serdang.

Ding., M. C. 2008, Pantun Peranakan Baba: Mutiara Gemilang, Negeri-Negeri Selat. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi.

Shamsul., A. B. 2012. Modul Hubungan Etnik, Edisi Kedua, Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia. Malaysia : Bangi




______________________________________________________________________________

Badrul Hisham, A. A. (2014, Ogos). Asimilasi Dalam Kalangan Masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka. Dimuat turun pada Ogos 03, 2017, daripada https://www.academia.edu/8940566/Asimilasi_Dalam_Kalangan_Masyarakat_Baba_Dan_Nyonya_di_Melaka

klik sini untuk muat turun artikel


Monday, February 27, 2017

Cara Bayar Bil UiTM Melalui Online Banking / Perbankan Internet Bank Islam (www.bankislam.biz)

Macam mana nak bayar Bil UiTM melalui Online Banking / Perbankan Internet Bank Islam?
pertamaaaa sekali kena ada Bank Islam Internet Banking Account !
kalau tak ade macam mana nak log in kan?

so cara paling mudah untuk bayar,

1  . Layari https://www.bankislam.biz/
2  . Klik Internet Banking Login
3  . Masukkan User ID (Username) dan klik Login
4  . Pastikan Private Image and Private Word betul, kemudian klik /, 
5  . Masukkan Password dan klik Login
6  . Pilih Bill Payment, klik Bill Presentment
7  . Pilih Universiti Teknologi MARA pada bahagian senarai penyedia perkhidmatan. Klik Next.
8  . Masukkan nombor Kad Pengenalan Pelajar . Klik Next.
9  . Senarai Bil yang perlu dijelaskan oleh pelajar akan tertera di skrin.
10. Klik dan Pilih Bil yang hendak dibayar. Klik Pay.
11. Skrin berikutnya akan menunjukkan butiran pembayaran seperti nama pelajar, nombor pelajar, 
      nombor bil dan amaun yang perlu dibayar.
12. Pilih sumber akaun untuk membuat pembayaran. Klik Pay untuk meneruskan pembayaran.
13. Skrin berikutnya akan menunjukkan butiran pembayaran yang hendak dibayar sebelum pengesahan dibuat.
      Request IAC number. IAC number akan dihantar melalui SMS ke phone anda.
14. Masukkan IAC number, kemudian klik Confirm untuk mengesahkan pembayaran atau sebaliknya. Skrin pengesahan pembayaran akan dipaparkan beserta nombor rujukan.
15. Cetak slip bayaran untuk rujukan.

sumber : Bendahari UiTM

Untuk semak balik bil yang awak dah bayar tadi. boleh ulang langkah ni,

6  . Pilih Bill Payment, klik Bill Presentment
7  . Pilih Universiti Teknologi MARA pada bahagian senarai penyedia perkhidmatan. Klik Next.
8  . Masukkan nombor Kad Pengenalan Pelajar . Klik Next.
9  . Senarai Bil yang perlu dijelaskan oleh pelajar akan tertera di skrin,
      Kalau bil tu betul kita dah bayar, dia takkan keluar lagi bil tu. so, takkan terbayar dua kali la.
      Kecuali, kalau UiTM terjana bil yang sama banyak kali. Kalau kes mcm tu, cepat cepat rujuk
      bendahari untuk cancel bil yang terlebih tu. Kalau terbayar, ambik masa yg lama untuk dapat
      refund.

Boleh juga check online. Tapi lazimnya status Bil akan di update dalam masa 3 hari.
Langkah-langkah seperti berikut;

> Klik Student Portal 
> Login
> Klik FinEportal
> Klik Bil Pelajar 
> Semak Bil yang masih Belum DiBayar

sumber : Bendahari UiTM

untuk tahu Cara Bayar Bil UiTM Melalui ATM Bank Islam, Boleh klik SINI

okay. setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini.

terima kasih.



amyryqa.my



pihak amyryqa.my tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kesilapan dalam urusan Tuan/Puan

Cara Bayar Bil UiTM Melalui ATM Bank Islam

Macam mana nak bayar Bil melalui ATM MACHINE?
kena pastikan awak guna ATM Bank Islam ye.
JANGAN SESEKALI BAYAR BIL MELALUI CASH DEPOSIT MACHINE / deposit transfer!
sebab nanti bendahari tak boleh detect/kesan siapa yang bayar. student UiTM sangat ramai.

so cara paling mudah yang InsyaAllah tak kan tersilap.
lepas dah pilih Bahasa dan masukkan nombor PIN,

1. di skrin Menu > klik Lain > klik Pembayaran Bil / Yuran IPT 
2. Masukkan No. Kad Pengenalan Pelajar (bukan ID pelajar ye. saya pernah tersilap T_T)
3. click Bil mana yang nak bayar > pastikan amaun dan bil yang betul (sebab kadang kadang banyak bil keluar)
4. simpan slip

Untuk pastikan yang awak dah bayar bil tu.
Cuba lagi sekali ulang langkah dibawah
1. di skrin Menu > klik Lain > klik Pembayaran Bil / Yuran IPT 
2. Masukkan No. Kad Pengenalan Pelajar 
3. kalau betul dah bayar, bil yang kita dah bayar tadi takkan keluar lagi.

Boleh juga check online. Tapi lazimnya status Bil akan di update dalam masa 3 hari.
Langkah-langkah seperti berikut;

> Klik Student Portal ( http://istudent.uitm.edu.my/nsp/home/main.asp )
> Login
> Klik FinEportal
> Klik Bil Pelajar 
> Semak Bil yang masih Belum DiBayar

untuk tahu Cara Bayar Bil UiTM Melalui Online Banking / Perbankan Internet Bank Islam,
Boleh klik SINI

okay. setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini.

terima kasih.



amyryqa.my



pihak amyryqa.my tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kesilapan dalam urusan Tuan/Puan