hi! please support me by clicking the ads, thank you ♥

Pages

Wednesday, June 26, 2019

Cara Mohon Transkrip UiTM 2019 dan Surat Pengesahan Tamat Pengajian UiTM 2019

assalamualaikum semua!
dah lama tak update. kali ni i nak share perkara yg sama.
CARA MOHON TRANSKRIP UiTM 2019 & SURAT TAMAT PENGAJIAN UiTM 2019.
prosedur berubah-ubah. so since, my sis baru je mohon why not i share kan cara yang paling latest setakat ini.

1. MOHON TRANSKRIP ONLINE DAN BAYAR KEPADA BENDAHARI
klik SINI untuk mohon MOHON TRANSKRIP RASMI anda secara online.
isikan maklumat pengajian anda dan klik LOGIN


kemudian, klik button New Application


lepastu, isikan form ni. ada option boleh ambik by hand atau pos ke alamat rumah /universiti.
RM 10.00  SELF COLLECT / POST 
okay. so for my sis. haruslah ambik yg by pos ke alamat rumah sebab harga pun sama.

okay. lepastu kena upload salinan IC yang disahkan dalam format PDF.  
habis isi dan upload. klik Submit Application!


bil anda akan dijana pada hari yang sama permohonan dihantar secara online.

lepastu boleh klik SINI untuk semak bil anda di Portal Pelajar. atau lebih mudah, klik link dibawah kemudian edit nombor id pelajar anda dihujung link tersebut

lepas bil dah dijana je, bolehlah pergi bayar kat ATM atau melalui Bank Islam online banking.
sama je cara macam bayar yuran setiap sem.
untuk cara bayar bil melalui ATM Bank Islam, boleh click SINI
untuk cara bayar bil melalui Bank Islam online banking (www.bankislam.biz),boleh click SINI
settled.
sila SIMPAN BUKTI PEMBAYARAN. simpan slip elok elok ok :D 

2. DOWNLOAD DAN ISI BORANG PERMOHONAN

i.  Borang Permohonan Transkrip 
borang ni dah isi online seperti yang diatas tadi, lepas bayar. korang tunggu payment status dia tulis PAID. save borang tu as PDF.

ii. Borang Permohonan Surat Pengesahan Pelajar - download
lepas download. isi borang ni.
tak reti nak isi sebab pdf?
open guna Adobe Acrobat Reader DC. click dekat Fill & Sign.
lepastu isi la boleh sign lagi >.<
jangan lupa SAVE tau!
takde Adobe Acrobat Reader DC klik SINI untuk install



3. EMEL KEPADA PEGAWAI BERTUGAS
klik SINI untuk semak siapa pegawai bertugas untuk fac korang
kenalpasti siapa kerani/ kerani kanan yg incharge pastu take note email dia.

as for my sis. Fakulti Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), 


pastu emel pegawai bertugas tu. attached sekali borang mohon transkrip and borang pengesahan pelajar yang lengkap dan slip bayaran.

To         : umi345@uitm.edu.my
Subject : BORANG PERMOHONAN TRANSKRIP, BORANG PENGESAHAN PELAJAR & SLIP BAYARAN
        Kepada: Pn. Umi Khalsom Othman, Kerani Kanan
Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Saya Amirah 'Adlina XXXXX (2015283XXX), pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Muamalat (Kepujian), Fakulti Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Shah Alam ingin membuat permohonan transkrip akademik dan surat pengesahan tamat pengajian.
Cara tuntutan : Pos
Saya turut kepilkan :
1. Borang Permohonan Transkrip
2. Borang Permohonan Surat Pengesahan Pelajar
3. Slip Pembayaran Bil Pelajar
Terima kasih.
        Amirah 'Adlina
        017-3333333
        amyrxxxx@yahoo.com

4. TERIMA & TAMAT

lebih mudah kan? proses pencetakan/pengeposan dalam masa 4 hari bekerja selepas bil dibayar.(biasanya dalam masa 5 hari)
ambik masa 9 hari untuk sampai dari tarikh pos (dalam Selangor).

18/04 Apply
19/04 Bayar Bil
22/04 Dokumen Dicetak
24/04 Dokumen Dipos 
02/05 Terima Dokumen

macam my sis, dia ambik masa dalam 15 hari daripada tarikh mohon, bayar dan sampai rumah :)







okay. itu je perkongsian kali ni,
bye :) 
p/s: congratulations yg dah tamat belajar or yg nak sambung belajar :) 
all the best!


amyryqa.my






sumber : 
BAHAGIAN PENGURUSAN REKOD & KONVOKESYEN UiTM
BAHAGIAN PENGURUSAN KEWANGAN PELAJAR UiTM


kredit:
Amirah 'Adlina

p/s: dear readers/blogger/UiTMians, sila jangan plagiat pos ini. credit mana credit

#transkripuitm #caramohontranskripuitm #transkripuitm2019



share la experience korang di ruangan komen. boleh tambah info untuk kawan-kawan UiTM lain :)

123 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Genuine fast LOAN offer apply
      Do you need a Loan? Are you looking for a Finance to pay off your debts? Are you looking for a Loan to enlarge your business? then you have come to the right place for that loan you have been seeking for. We offer Loans at a low interest rate on any amount. Interested people should please contact us for immediate response to your application.
      E-mail: shadiraaliuloancompany11@gmail.com

      Delete
  2. hai nak tanya pasal post gugur taraf. kalau saya dah register course tapi dia kata suruh register course. so macam mana???

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Ada cop dan tandatangan pegawai gred A (kalau x silap). Berdasarkn pengalaman saya, saya just hntar dokument ic tanpa pengesahn (saja try-try) tiba2 permohonan lulus je. Alhamdulillah dh selamat sampai dengan jayanya.

      Delete
  4. boleh tk kalo isi online transkrip tanpa send email dkt person incharge??? status akan pending ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau ambik masa berapa lama? 15 hari jugak ke?

      Delete
    2. Pengalaman saya, bila saya emel kepada person in charge tu.. dia reply emel dan maklumkan pelajar x perlu emel kpd mereka cukup sekadar mohon dekat sistem yang disediakan dan bayar bil tu. Perlu emel jika nak sekali pengesahan tamat belajar barangkali.

      Delete
  5. Replies
    1. Depends. Pengalaman saya, seminggu je dh dapat. 18hb mohon, 25hb sampai rumah. (Saya hanya mohon transkrip.)

      Delete
    2. Kalau mohon transcript je still ada graduation ke?

      Delete
  6. Macam mana nak mohon Surat pengesahan tamat pengajian saja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hii! dah tahu ke mcm mana nak mohon surat tamat pengajian saja?

      Delete
    2. Hi, macam mana nk mohon surat tamat pengajian saja ye ?

      Delete
  7. hanya email sahaja surat pengesahan?

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum. Kalau nak apply transcript yang hilang boleh jugak ke? Macam saya dah 6 tahun konvo lepastu transcript hilang. Saya pun dah terminate akaun Bank Islam sebab tak digunakan pun. So mcm mana nak bayar ke Bendahari UiTM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau x silap, boleh je apply. Dengan syarat masukkan no kad pelajar masa tu course apa dan ic. Kalau dh terminate bank islam, boleh mintak kat ahli keluarga/kawan-kawan yg ada bayarkan dulu. Kalau diorang ada online banking bank islam caranya, Log in - bil presenment - masukkan ic (ic student yg mohon transkrip). Akan di charge 0.50 sentiap tranksaksi. Harap membantu.

      Delete
  9. kenapa eh lepas submit tu,tetiba error??ke saya sorang je..

    ReplyDelete
  10. nak tanya, univeristy adress tu memang letak alamat rumah atau universiti eh? sbb saya nak dia pos ke rumah

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. SAYA DAH PERNAH BUAT APPLICATION UTK TRANSCRIPT. TAPI TAK HANTAR BORANG PENGESAHAN TAMAT PENGAJIAN. SAY BUAT LAGI SEKALI PERMOHONAN MASIH BOLEH KE. UNTUK PENGESAHAN PULAK.

    ReplyDelete
  13. ya saya pn sama apply untuk dua2 tpi yg smpai transkrip saja. mcm mana awk selesaikan ye?

    ReplyDelete
  14. kenapa saya nak download borang mohon transkip semula lepas buat pembayaran tapi tak ada borang tu. kenapa eh, ada yang tahu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. me too . anyone tahu tak ? awalnya ixsave as pdf lagi laa sebab still unpaid lagi kan .bila dah paid xleh open pulak nape yee

      Delete
    2. I didnt have the pdf as well after I paid. So I downloaded this instead. Hope it helps.
      https://penang.uitm.edu.my/konvokesyen/images/sampledata/borang/transkrip_form.pdf

      Delete
    3. sama..saya pon lepas bayar nk buka tak boley daa..

      Delete
    4. saya pun tak boleh nak save pdf huhu dia dah tulis process so how ya? still dapat jugak ke traskrip tu?

      Delete
    5. so dapat ke tak ye transcript tu kalau pdf tak boleh bukak?

      Delete
  15. omG thank you so much sis, u sgt membantu.

    ReplyDelete
  16. hi nak tanya, kalau i belajar di raub, boleh tak i amik transcript i di uitm shah alam sahaja? thankkk youu.

    ReplyDelete
  17. Hi nak tnya, apa jadi klau saya submit tanpa pdf ic yg disahkan

    ReplyDelete
  18. Lepas dah paid macam mna nak buka balik borang permohonan transcript tu ye? Nak download borang tu..

    ReplyDelete
  19. salam sis nk tanye...saya tak habis lagi diploma then mohon penerapan die nk mini transkrip.saya boleh mohon je ke tanpa habiskan diploma lagi...pastu yang surat pengesahan pelajjar tuka patut dpt lepas habis diploma..cam mana nk dapt surat tu eh kalu belum habis??. thanks sis

    ReplyDelete
  20. Kenapa banyak kali update document ic still tak boleh ye walaupun dalam pdf? pening la

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.awak dah dapat ke transcript? saya apply then boleh submit,bila check balik application,status bil unpaid even dekat bil pelajar dah dibayar and saya tak boleh update ic saya.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Hello,saya pun sama. Saya dah bayar sejak 4 hari lalu tapi status unpaid and tak boleh nak upload IC. Ada jawapan tak?

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
  21. Replies
    1. Lepas dapat result final sem dip terus bole mohon transript? Dan surat tamat belajar

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  22. For those who wondering,
    lepas dah click submit form transcript tu bill dia akan laju je keluar tapi lepas kita dah bayar dia akan masa lama sikit untuk update paid dekat fine portal (kemungkinan lebih 24 jam)
    lepastu bila deka fine portal dah update, dekat transcript belum update lagi (ambil masa around 2-4 days)
    waktu status unpaid kat transkrip tu, file ic akan hilang, takyah sent lagi, waktu first time kita submit tu dah ada da..
    sekian..jangan gabra rileks, jangan lupa sebarkan kepada rakan2 anda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Kalau saya punya application tu dia dah tulis paid, tapi dekat file ic still hilang. Memang macam tu eh? Dah boleh sent kat email ke? Sebab saya nak mohon surat pengesahan tamat pengajian sekali.

      Delete
    2. haah memang sistem dia macam tu, kalau pernah register sim card online pun macam tu, lepas submit, file ic tu takdak

      Delete
    3. kiranya, takyah send email lagi la kan? tunggu sampai dua2 jadi paid la eh?

      Delete
    4. Alhamdulilah,jumpa jugak jawapan. Terima kasih banyak ya. Risau sebab dah bayar sekali kira unpaid kan...

      Delete
  23. hi asssalammualaikum, nk tnya. borang permohonan trasnkrip tu, saya tekan link yang diberi tak keluar lah. dia cuma keluar status transkrip tu je. mcm mana ye? sbb saya nk emailkan kat pegawai fakulti, tapi borang tak lengkap, tak boleh jugak. boleh bantu tak?

    ReplyDelete
  24. hi salam , kenapa saya punya lepas submit terus error website tu ? dekat 5 6 kali dah try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah macam saya, tahu tak macam mana nak buat? Saya buntu

      Delete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. salam.. kenapa masa nak buat new application dia tulis "you are not authorized to apply"?

    ReplyDelete
  27. Hi Assalamualaikum, saya nak tanya , before this ada staff uitm contact saya untuk hantar (by post) transkrip sbb saya tak datang konvo, but saya tak dapat transkrip tersebut, adakah saya boleh untuk memohon kepada uitm untuk mendapatkan kembali transkrip?

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum. ya, ada beberapa di sini mengalami masalah sama dengan sy, apabila dah isi dan nak submit,terus keluar error.. dah cuba di handphone, laptop, sama je keluar error. masalah dari internet sendiri ataupon sistem yang bermasalah?

    ReplyDelete
  29. hi, you guys tick apa je dekat jenis surat pengesahan tu? I dah habiss diploma but tak convo lagi due to covid. so what type of surat pengesahan yg i should tick? hope ada yg boleh bantu :)

    ReplyDelete
  30. hai, kalau nk mohon sijil ijazah mcm mana pula ye? dia boleh post sekali ke atau kena pegi kaunter juga?

    ReplyDelete
  31. terima kasih.anda bantu saya dengan jelas. semoga murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan anda..:)

    ReplyDelete
  32. saya bayar bill secara online, so mcm mana nak email bil ke pegawai bertugas?

    ReplyDelete
  33. Sekarang ni uitm still blh proceed kee transkrip ni? Sy apply 12/6/2021 lagi tp smpaki ke hari ni (4/7/2021)tak gerak ape2 pom... Tracking lagi laa takde

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya apply 5/7 haritu and sampai sekarag kat status tu just tulis process je..

      Delete
    2. sama la, saya apply 18/9, ni dah 1/10 masih process lagi

      Delete
  34. kalau tak boleh bukak borang transkrip tu macam mana ya? saya nak email pic tapi ni tak boleh nak bukak pun borang yang tulis paid tuuu

    ReplyDelete
  35. salam, saya nak tanya kalau untuk uitm selain shah alam boleh guna borang yg sama ke untuk borang surat pengesahan pelajar tu?

    ReplyDelete
  36. salam.. nak tanya macam mana cara nak dapatkan semula doc sebab dh return to sender. poslaju dh return doc ke uitm shah alam kerana kelewatan pihak kami menuntut doc tersebut. mohon bantuan dan pencerahan. terima kasih dari kuching sarawak

    ReplyDelete
  37. Salam nak tanya semua, macam mane nak buat kalau kita dah klik submit, tapi tetap error 😢😔banyak kali saya dah buat😢

    ReplyDelete
  38. Hai, nak tanya, macam mana nak tahu siapa pegawai yang bertugas,saya fakulti pengurusan maklumat,harap awak boleh bantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai, boleh klik kat sini ye https://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/direktori-staf.html lepastu pergi dekat nombor 18

      Delete
    2. Memang cawangan lain pun kena email dekat shah alam ya?

      Delete
  39. hi nak tanya. Pengesahan tamat belajar ni boleh mohon lepas dapat result semester akhir ke? ke sebelum dpt result pun boleh mohon?

    ReplyDelete
  40. hai nak tanya, boleh ke kita mohon transcript before kita graduate? saya graduate bulan 12/2021 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. mohon transcript boleh je even before kita graduate dont worry

      Delete
  41. hi, saya nak tanya. IC tu siapa ya yg boleh sahkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya golongan U41 ataupun ketua kampung dan yg setaraf..

      Delete
  42. Hi, saya nak tanya, sekiranya kita memohon pengeposan transkrip dan pengesahan belajar, kita masih perlu pergi convo ke?
    Sorry saya first time....

    ReplyDelete
    Replies
    1. convo tu tak wajib pun setahu sy. tp xtahu lah sbb tak pernah convo jugak lg ahahaha. tp convo bukan wajib yg sy tahu. Betulkan kalau salah

      Delete
  43. Saya baru tamat semester akhir dan dah dapat keputusan peperiksaan. Prosedur yang diterangkan ni perlu saya buat terus ka ataupun kena tunggu dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena buat utk dapatkan transkrip tu. Keputusan exam tu just utk semester akhir sahaja kan? Jd procedure yg admin terangkan tu kene buat jugak utk dapatkan official transcript tu utk guna semasa permohonan kerja dan sebagainya.

      Delete
    2. kalau nak mohon degree pun perlukan jugak ka transkrip ni?

      Delete
  44. Nak tanya kalau mcm parcel kita return lepas tu kalau nk ambik dekat uitm shah alam tu mcm mana dia punya procedure?ada yang tahu ke?

    ReplyDelete
  45. thank you sharing semoga murah rezeki selalu :)

    ReplyDelete
  46. assalamualaikum nak tanya. knp bila sy update ic kat application form tu bila sy click update dia kata NO UPDATE? sy sorng je ke camni

    ReplyDelete
  47. salam nk tnya , saya apply 30/11 haritu and sampai sekarag kat status tu just tulis process. harap dpt dipercepatkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama saya pun still proses-pos..dia dh bgi no track tapi bila check no tu not available

      Delete
  48. Assalamualaikum. Boleh tak saya nak tahu surat tu dapat macam mana? Saya mohon transcript dan surat pengesahan tamat pengajian tapi saya dapat hanyalah official transcript?

    ReplyDelete
  49. HAI NAK TANYA. MEMANG LAMA KE SISTEM NAK UPDATE UNPAID KEPADA PAID ? SAYA BAYAR ONLINE. KAT BIL STUDENT PON TAK UPDATE LAGI PAID.

    ReplyDelete
  50. untuk email kepada pihak uitm tu depends on branch yang kita study atau terus email kepada shah alam?

    ReplyDelete
  51. nk tanye, kalau saya tekan kan, dia just klua processed.. and bila nk check. dia error pulak.. mcm mane ek?

    ReplyDelete
  52. Nak tanya kalau apply upu pakai mini transcript yang ade result dari sem 1 sampai sem akhir boleh ke? Atau kena guna official transcript juga?

    ReplyDelete
  53. official transcript ni memang kena apply online dulu ke atau boleh ambik dekat uitm je terus?

    ReplyDelete
  54. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  55. saya nak tanya, betulke kalau apply aoffcial transcript, maksudnya kita tak dtg konvo? saya tak tahu jadi saya terapply

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seriouslah saya baru apply awak ade tanya pihak uitm tak pasal ni😭

      Delete
  56. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  57. Kalau nak mohon upu tapi full transkrip tak smpai lagi mcm mana ya? nak mohon mini transkrip dah tutup pula.. lagi berapa hari tarikh permohonan upu nak tutup T-T

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ade baca dkt part kene submit dokumen tu die tulis kat belah kiri tu kan "pemohon dibenarkan muat naik dokumen tanpa pengesahan dan dikehendaki mengemaskini semula pada fasa pengemaskinian (yang telah disahkan) pada fasa pengemaskinian".

      and saya tgk kalendar UPU die tulis bulan August (8) adalah fasa pengemaskinian untuk lepasan STPM/Setaraf, so saya assume mungkin bleh upload dokumen yg x lengkap nanti tu pada bulan 8 ni pada fasa kemaskini. Saya agak je la, xde confirmation.

      saya pon bkn semua dokumen lengkap, mcm official transkrip xde, ade mini transkrip je, and sijil MuET xdpt lagi sbb result bru kluar minggu lps, x tahu la dh pos ke blom sijil tu. saya submit je mana ada dulu, saya pkai je mini transkrip and slip keputusan muet.

      Delete
    2. Kalendar UPU tu tgk kat website UPU tu ade ... upu.mohe.gov.my .... scroll bwh.

      Delete
  58. Assalamualaikum, majlis convocation saya blom berlangsung sbb Covid,
    saya ingin bertanya , bagaimana saya hendak memohon sijil Tamat Belajar di uitm??
    saya mintak tolong boleh beri penerangan atau info apa2 cik tahu.

    ReplyDelete
  59. hi, saya dah bayar yuran transkrip, tapi tak boleh nak buka semula borang tu untuk saya download dan email kat pegawai. ada sesiapa tahu kenapa dan apa kena buat?

    ReplyDelete
  60. saya punya saya apply kat website jer saya tak email,memang kene email ker? saya apply 13/5 arituu,remark dia mention siap 20/5,,, status kat situ dah sent tapi sampai skang tak sampai lagi? normal ker?tracking number dia letak no matrik, saya tak boley nak track parcel saya, saya call pown phone tak angkat

    ReplyDelete
  61. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  62. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  63. Assalamualaikum, macam mana jika saya terlupa nk bayar transkrip dlama masa 7 hari, kemudian dia xleh nk update kat online application tuu, ape yg saya perlu buat ??

    ReplyDelete
  64. may i know macam mana nak tahu parcel tracking number ye? sbb in that link dia tak provide track no.tapi process dah tulis siap 🥺

    ReplyDelete
  65. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  66. Hello, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
    di dunia? jika ya, hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
    kategori pencari sama ada syarikat atau untuk kegunaan kakitangan. Kami tawarkan
    pinjaman pada kadar faedah 3%, Hubungi kami melalui EMAIL:ushafinance735@gmail.com
    Whatsapp +447918234523


    BORANG PERMOHONAN PENCARI PINJAMAN
    *******************************
    1) Nama Penuh:
    2) Jantina:
    3) Amaun Pinjaman Diperlukan:
    4) Tempoh Pinjaman:
    5) Negara:
    6) Alamat Rumah:
    7) Nombor Mudah Alih:
    8) Nombor Faks:
    9) Pekerjaan:
    10) Pendapatan Bulanan:
    11) Tarikh Gaji:
    12) Tujuan pinjaman:
    13) Di manakah anda mendapat iklan pinjaman kami:
    ushafinance735@gmail.com
    Whatsapp +447918234523

    ReplyDelete
  67. Adakah anda sedang mencari kewangan? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk menyelesaikan bil anda, seperti pinjaman peribadi, isu kewangan, pinjaman perniagaan untuk menyediakan perniagaan anda sendiri atau pengembangan perniagaan, pembiayaan projek dan skor kewangan anda sangat rendah, saya dapat membiayai anda dengan jumlah yang anda perlukan mulai dari $1000-$50J dan kadar Faedah yang sesuai 3% yang akan menjadikan hidup anda lebih mudah. maklumat lanjut Sila hubungi saya melalui e-mel:adamfinancialloanservicess@gmail.com atau masih di whatsapp sahaja +917458095182

    ReplyDelete
  68. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  69. Salam cik saya lepasan Excutive Diploma Business Administration 2010, Transkrip saya hilang masa covid pindah rumah dari W.P Labuan ke Kota Kinabalu. Saya cuba mohon online tapi sistem rejects disebabkan khas untuk " An Official Transcript will be issued for the following programmes only (Foundation, Diploma, Bachelor, Master (Coursework), Master (Mixed Mode) and PhD (Mixed Mode)." Ada cara lain tak untuk mohon. Sekian teima kasih

    ReplyDelete

    ReplyDelete
  70. salam hi , boleh saya tanya , saya punya dh hari yang ke 15 still lagi dia kata proses-pos..bila check treck id tak jumpa.. macam mana ye? ke memang macam tu?

    ReplyDelete