Pages

Saturday, September 12, 2015

Percutian Bajet Pulau Pangkor 1

RM250 je ke Pulau Pangkor!


guys!
okay. i nak share our journey di Pulau Pangkor selama 3 hari 2 malam!
klik sini utk full bajet plan.
klik sini utk tengok journey kitorg kat sana.

okay first. masa tu dah hujung sem. duit pun tggal kupu kupu je. hahaha
tapi nak cuti jugak. then we decided nak pergi pangkor je. knp pergi pangkor?
sebab antara pulau yg termurah takleh nak banding ng pulau lain mcm perhentian, redang,mabul. berbaloi dengan harga dia sendiri :)
kalau sekadar nak relaks. nak main tepi laut. sini best :)


DAY 1

kitorang naik kereta bertiga dari KL ke Lumut. Sape? East, Man & Mya #TeamKL.
dorang dari Shah Alam. then dorang ambik mya kat ktm sungai buloh. lawak sungguh kat ktm tu. mya tak jumpa jalan keluar. man tak jumpa jalan masuk sebab kat ktm tu under construction. haha
then our journey began. sepatutnya perjalanan about 2hours je. nak dijadikan cerita gps kitorg hang. hahahahah dah asyik berborak baru perasan. pelik. kenapa lama sgt straight. bila nak belok hahahahaha
papepun lepastu sampai jugak. ikut signboard je. tak ikut dah GPS. we have been trolled!

lepas sampai tu kitorang park kat parking berbumbung kat situ. btw ada 2 jeti tau. tapi kalau nak dekat ngan terminal bas. so kitorang pergi terminal lumut. 
ni la rupa terminal jeti lumut tu. lawa!
ada surau, toilet, kedai runcit, kedai makan, kaunter tiket bas. haaa kat sini pun ramai yg promot suruh ambik pakej, chalet dorang semua. kereta sewa pun ada. tapi kat sana tak sesuai nak drive. jalan dia berbukit curam sgt!

jadual ferry. ferry ada every 30mins

waiting for ferry. 

this! #TeamKL & #TeamPerak bergabung! look how excited we are. ni la #TeamVakasiVajet. Sape?
depan kiri akmal, syuhada, mya, east, fakhi
blkg man, awie. missing amir kat sini.mana tah dia 


ferry interior


dalam 30 mins sampai Jeti Pulau Pangkor!




turun je. ramai pakcik pakcik yg promot chalet, hotel, kereta sewa,pakej snorkeling la.
banyak juga pakcik offer naik van pink ni. cakapjedah ada. hehe
so takyah risau la pasal transport. serious banyak lebih dari 20 van!
oh yaa! sampaije.sini area pekan pangkor. so kalau nak beli brg utk masak masak boleh beli kat sini. bawa dari rumah lagi bagus! jimat!
perjalanan pergi chalet ni agak jauh.Chalet kami terletak kat Teluk Nipah

okay. Pulau Pangkor ni terbahagi kepada beberapa bahagian. Pasir Bogak lawa sesuai kepada yg honeymoon tapi hambar. Pangkor Laut Resort lawaaa tapi duit pun boleh tahan. Kami pilih Teluk Nipah sebab malam pun still happening banyak kedai makan. plus,pakej yg kitorg ambik tu kat situ and murah sgt!

here we are at Santai Chalet Village. hahaha jangan terkejut.
luar je nampak mcm lama tapi dalam dia lawa. berbaloi terlebih dengan bayaran ada aircond lagi!
menurut Uncle Zahari dia nak bagi ada suasana kampung sebab tu luar chalet covered with buluh.

sampai je setelkan bayaran. pastu uncle zahari bagi briefing sikit. uncle zahari ni super peramah. kitorang buat tempat ni macam kitorang punya rumah T_T
petang tu kitorang agreed utk pergi makan Laksa Goreng Mak Unggai kat perkampungan situ. dengan bayaran RM15 pergi-balik. Uncle Zahari bawak kitorg. excited gila dorang naik 4WD.
 jalan kat Pangkor ni. bukit dia curam sangat. serious mcm naik roller coaster. bayangkan mcm mana dorang kat belakang. taktau la mcm mana org bawak moto. scary. malam jangan cakapla.

`
ni dia laksa mak unggai. orang kata kalau pergi pangkor taksah kalau tak makan sini.



paling special laksa goreng. sedap sangat. tapi pedas. menangis air mata hidung semua. haha try la. sedap! ada jugak laksa penang, nasi lemak.

kat pangkor ni mana ada petronas ke shell ke petron.
kat sini ada Buraq Oil :) ni la pump station nya. betul betul depan gerai Mak Unggai.

hahah muka semua cuak nak start adventure naik turun bukit hahahahah
tak menyesal tak dapat duduk belakang. hahah

balik tu kitorang duduk tepi laut photoshoot sambilnak tgk sunset :)




















klik sini utk tengok journey kitorg kat sana.

Percutian Bajet Ke Pulau Pangkor - Full Itinerary

RM250 je ke Pulau Pangkor!


guys!
okay. i nak share itinerary 3 hari 2 malam ke pulau pangkor!

klik sini utk full bajet plan.
klik sini utk tengok journey kitorg kat sana.


DAY 1
11.30am bertolak kl-lumut
               bas kl-lumut-kl (RM54 pergi balik)
               **don't worry bas mmg berhenti kat Terminal Lumut. dekat je dengan jeti! :)
               kereta kl-lumut-kl, minyak+parking+tol (RM150 pergi balik 1 kereta)
01.30pm feri Jeti Lumut - Jeti Pangkor (PAKEJ)
02.00pm van Jeti Pangkor - Santai Chalet Village Teluk Nipah (PAKEJ)
02.30pm check in Santai Chalet di bilik berhawa dingin - sharing 3/6 org sebilik (PAKEJ)
04.30pm lunch ke kawasan perkampungan, air sirap+laksa goreng (RM3)
               transport RM15/share 8org (RM2~)
06.30pm hornbill feeding time! (free)
06.45pm tengok sunset/ mandi laut/ photoshoot
08.30pm dinner kat gerai, air+nasi goreng (RM6)*kalau order seafood yg mahal so mahal la kan hihi.


DAY 2
08.30am breakfast (PAKEJ)
09.00am snorkeling di Pulau Giam includes gear, tiada had masa untuk snorkeling (PAKEJ)
01.00pm banana boat (RM15 per person)
01.30pm island hopping, melawat 2 pulau & 4 pantai dengan menaiki bot (PAKEJ)
02.30pm lunch, air+makan (RM6)
04.30pm sewa motor/basikal, tengok sunset/ mandi laut/ photoshoot
08.30pm BBQ dinner (RM15 seorang, barang sendiri)
10.30pm lepak, main card, dart, mini golf. free & easy

DAY 3
09.00am breakfast (PAKEJ)
11.00am island tour, keliling pulau naik van - Jeti Pangkor (PAKEJ)
01.30pm feri Jeti Pangkor ke Jeti Lumut (PAKEJ)
02.00pm shopping (RM35)
03.00pm lunch (RM6)
03.30pm bas balik KL
05.30pm sampai KL


so total out dalam = RM250 per person all in

klik sini utk full bajet plan.
klik sini utk tengok journey kitorg kat sana.


Pakej Percutian Bajet Ke Pulau Pangkor

RM250 je bercuti di Pulau Pangkor!

hai guys!
okay. i nak share pakej percutian bajet ke pangkor!
as backpackers berjaya tak bekerjaya of course la nak jimatkan ?
so my #vakasivajet team came out with this last minute plan. as our mid semester break was almost over that time. every second is precious!
klik sini utk itinerary.
klik sini utk tengok journey kitorg kat sana.

so first! ambik pakej ni!
minimum 7 orang okay :)

PAKEJ LEPAK SANTAI
3 HARI 2 MALAM

RM125 .00/seorang -Weekday( Ahad - Khamis )                    
**nota : STUDENT less RM15.00/seorang  

so kitorg semua student kan. last RM110 je.
pakej termasuk :
2 malam penginapan di bilik berhawa dingin - sharing 3 @ 6 org sebilik
2x simple breakfast
1x Snorkeling Di Pulau Giam termasuk alatan (tiada had masa untuk snorkeling)
1x Island Hopping ( melawat 2 pulau & 4 pantai dengan menaiki bot)
Island Tour(keliling Pulau dengan menaiki Van ke tempat-tempat menarik,
Tiket feri pergi-balik dari Jeti Marina ke Jeti Pangkor
Pengangkutan Van pergi-balik dari Jeti Pangkor ke tempat penginapan.

pastu tambah banana boat RM15
TOTAL RM135
**tapi ni tak termasuk transport, lunch and dinner!

TRANSPORT
Bas
RM54 pergi-balik (KL-Lumut-KL)
** dont worry bas mmg berhenti kat Terminal Lumut. dekat je dengan jeti!:)
Kereta  
RM150 pergi-balik (minyak+tol+parking) ** kitorg carpool so jimat la. sorang RM50 :)

LUNCH AND DINNER
sekali makan dalam RM6 (air+makan) kalau order seafood yg mahal so mahal la kan hihi.
3 kali lunch 2 kali dinner ~ lebih kurang RM30

SHOPPING
RM35

so total out dalam = RM250 per person

ni kalau korang nak tambah la kan.
1. Karaoke RM350.00(mulai jam 7.30pm-11.45pm - min 20 orang)
2. Menaiki Banana bot RM15.00/seorang 2 kali jatuh.
3. Berkayak RM15.00/jam seorang.
4. Lunch buffet bajet RM10.00/seorg & Dinner buffet Bajet RM10.00/seorg.
MENU BAJET : Lunch @ Dinner  - minimum 10 orang.
Nasi Ayam@Nasi Goreng@Mee/MihonSup@Mee/Mihon Goreng
dan Minuman panas@ Sejuk.
5. BBQ Dinner RM35.00/seorang

Contact : 019-409 8868 whatsapp (uncle zahari)
               ** cuba cakap baca pasal chalet kat blog almera altera :) hahaha


p/s:i share this package sebab superb murah. dah pergi sana. pakcik tu sangat baik. tempat pun selesa :)

klik sini utk itinerary.
klik sini utk tengok journey kitorg kat sana.