hi! please support me by clicking the ads, thank you ♥

Pages

Thursday, May 2, 2013

Ayam Masak Kurma Versi MYA

cuti cuti lama lama ni bosan tau duduk rumah. routine harian bangun pagi je mengadap game The Sims takpun game kat FB. nak tengahari sket mandi basuh baju. Pastu masak . sidai baju, main game lagi :) buat minum petang. Lipat baju pastu gameeee lagi. Esok dia pun ulang macam tu jugak. Haihhhh

Okay disebabkan abad cakap. "bila qaqa nak cuba masak lauk baru pulak?" yela kita ni bukan la pandai masak sangat tahu masak lauk yang mcm tersenarai kat tepi blog ni. jadi dengan kata-kata abad itu kita terus dan terus nak cuba masak SENDIRI lauk baru dalam kamus masakan kita  :)

Harini MAK SITI yang tolong kita masak. *nama perencah ayam masak kurma tu.


Resepi Ayam Masak Kurma Versi MYA 
Masakan ni untuk 3 orang
*kalau nak masak banyak tmbah la ayam , rempah kurma & santan*

bahan-bahan

♥ 1 bawang sederhana besar.
♥ 2 bawang putih
♥ sedikit halia
*bahan-bahan ni nak blend boleh, nak manual pakai lesung pun boleh*
*oleh kerana kita rajin sangat, jadi kita tumbuk semua smpai lumat*

♥ ayam 3 ketul
♥ santan *agak2 untuk jadikan kuah dia*
♥ 1 kayu manis, beberapa bunga lawang & cengkih
♥ 1 biji kentang belah 6 pastu rendam *kalau awak GILA KENTANG letak la bebanyak haha*

cara memasak
1.  Panaskan minyak cukup untuk tumis bahan ni
      *bahan yang dah tumbuk tadi (bawang merah, bawang putih & halia)
      *tumis sekali dengan kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih
2. Agak-agak dah naik bau dia masukkan rempah kurma tadi. Tumis , api sederhana tau. Kang hangit pulak lauk mak jah. hahaha
3. Masukkan ayam & kentang bagi rempah dia serap masuk dalam ayam & kentang. Barulah rasa ayam masak kurma kat ayam tu.
4. Pastu masukkan santan. Jangan banyak sangat cukup sekadar untuk kuah & dapat tenggelamkan ayam & kentang tadi. ala ala titanic
5. Letak garam secukup rasa. Rasa la. Ni penting orang judge masakan dari tawar ke, masin ke, haa letak secukup rasa tau. Tunggu sampai ayam masak & kentang tu empuk. Tak empuk tak sedap lee. Pastu biar kuah dia pekat, baru ada feel nak makan ayam masak kurma :)

Kalau nak tambah bahan lain pun boleh :
tomato
daun bawang
bawang goreng pun boleh
ikut la citarasa anda :)

Sedap tau ! Korang bila pulak nak try ? hee
ni hasilnya. Lauk kita & abad tengahari ni :)


No comments:

Post a Comment