Pages

Saturday, April 25, 2015

Percutian Bajet 2.0 : Full Itinerary & Bajet Ke Pulau Perhentian

Vakasi Bajet Ke Perhentian.


Day 1(19 April, Ahad)
10.00pm   RM 44 seorang bas ekspres perdana dari TBS ke KUALA BESUT 
                 RM XX maggi, roti krim, air kotak.

Day 2(20 April, Isnin)
02.00am   RM XX Berhenti mkn di R&R 
06.00am   Tiba di Kuala Besut + Solat
                 RM 7.50 seorang Breakfast Nasi Kerabu & Teh Ais
12.00pm   RM 50 seorang boat pergi-balik ke Jeti Kuala Besut-Pulau Perhentian Kecil
                 RM 5 yuran taman laut 
                 RM 2 taxi air ke darat 
02.00pm  RM 98 seorang chalet 2 malam* bilik kongsi
                ( electric 6.30pm-9.30am)
                 Solat Zohor+Asar
03.00pm  pergi Long Beach+Coral Bay.
                cari pakej snorkeling utk keesokan hari.
                RM30 seorang Snorkeling 7 point ( Kak Mah, The Sunset Shop)
04.30pm  hiking to windmill
07.00pm  tgk sunset 
07.30pm  RM 9 dinner kat Long Beach
08.30pm  tgk fire show. Main Game. Tidoq 

Day 3 (21 April, Selasa)
06.00am  bangun subuh oi
07.30am  breakfast makanan sendiri, roti. Air Teh Ais kat Dinie's Cafe RM 3.50
                kedai makan bukak pukul 10am dekat long beach.
10.30am  RM 3.40 roti utk ikan. (dah beli kat jeti, kat pulau mahal) snorkeling!! 
01.30pm  RM 7 lunch di fisherman village. Nasi Goreng Kampung & Teh O Ais.
05.00pm  balik Long Beach
06.00pm  RM XX aktiviti pantai .
                banana boat (RM30). Kayak(RM30) satu canoe
07.30pm  Dinner maggi. Air sendiri. UNO.Tidur 

Day 4(22 April, Rabu)
06.00am  subuh oi 
07.30am  breakfast 🍳. Main bola .
10.00am  siap utk check out
10.30am  balik ke jeti kuala besut 
                RM  2 taxi 
02.00pm RM6 cek tiket bas cityliner Besut-Kota Bharu. Bas 639. Solat 
03.30pm RM 20 hostel KB seorang. sewa kereta viva(RM40/kereta utk 5 jam )
04.00pm pergi Pasar Siti Khadijah, RM 5 aiskrim kelapa di PCB, round KB, dinner
10.00pm RM44 bas Ke KL

Day 5(23 April , Khamis)
06.00am sampai TBS 

####TIPS
Bawa beg sandang. jangan bawak beg roda. malu kat org kita nak pi pulau. Susah nak angkat. sweater, secebis cellotape utk tutup aircond incase masih sejuk, travel pakai kasut selesa. slipper, ubat penting,plaster,cash $$$$ (kat tbs je ada ATM . KL ke besut no ATM), bawak track tshirt cukup, takyah nak cantik sgt. Pack seringkas yg blh. haha baju utk basah, Perempuan pakai tudung instant and baju gelap senang, shade , beg cerut atau dry bag. Brg berharga sentiasa bawak . Haritu mya gi perhentian takde cash takde atm. Nak beli souvenir beli kat jeti. Brg sama harga berbeza. Ceh. Haha Gadget kecik je .ipad tak payah . Monopod! Makanan! Maggi bubur roti sardin. Kat jeti sana ada kedai runcit selalu bukak. Tak semahal pulau. bawak mini stove. Air mineral , roti utk ikan. Bawak ikut byk mana korg minum. Benda berat kan. Extension utk charge fon. powerbank penting. . Line sana tak okay sgt . Torchlight .fon pun okay . Bawak pape game utk main mlm mlm . Bola pantai. Yg penting bawak tenaga dan semangat .

Expect the worst utk chalet . Yg penting  have fun  under the sun.☀

Bas RM 88(pergi balik)
Chalet RM 98 (ada lagi murah)
Boat RM 50
Taman Laut RM 5
Taxi air RM 4
Snorkeling RM 30
Bas ke KB RM 6


klik sini utk baca sambungan post KL-Pulau Perhentian :)
klik sini utk baca sambungan post Hiking ke Windmill :)
klik sini utk baca sambungan post Snorkeling:)
klik sini utk baca sambungan post Kuala Besut ke Kota Bharu Ke KL :)

Percutian Bajet 2.0 : Pulau Perhentian IV, Kuala Besut Ke Kota Bharu Ke KL

Nak balik dah! naik boat pukul 10.30am. mcm biasa dari tepi pantai ke boat, naik teksi boat (RM2). perjalanan 50 minit.



sampai je jeti kami terus ke terminal teksi utk tggu bas. sampai je situ. pakcik teksi kata bas baru je gerak. chiss hahaha.

nak ke KB ni naik bas city liner. mcm bas rapid. so kena tggu je. sementara tunggu tu kami survey bus utk balik. kami cari bas mutiara and perdana. kitorg cari bas yg lalu tbs dan shah alam. actually dah tgk online, tapi saja je nak tanya lagi. lepas check bas perdana ada tapi seat tinggal belakang. then, tgk kaunter mutiara pulak. Balik tu naik bas mutiara. knp mutiara. Dalam rank bas.number 1 sani. tapi R&R dia dah out of list. Kedua mutiara. ketiga ekspres perdana. so saja try mutiara, lagipun seat yg tinggal pun okay. area tengah. hahah lagipun. masa sebenarnya kitorg nak tgk seat je. pastu pakcik tu terus print tiket =.=. hahahahah settled bab tiket balik. tggu punya tggu. dalam 1.25pm baru ada bas. 2 jam jugakla tggu bas. sempat makan, beli souvenir, main card semua. Naik bas dari Besut-Kota Bharu(RM6 seorang), perjalanan 2 jam.

Sampai je. plan awal nak check in backpackers hostel KB. Sewa 2 kereta Viva RM6 sejam. Tapi. semua plan tu cancel sebab rezeki. Sampai je, mak kawan kitorg, aimi ambik. 2 kereta. then pergi rumah dia. so sampai je solat. pastu mak dia masak lagi. makan tomyam. sedap. dah la mmg lapar, pastu kat pulau catu makanan. ahahah mmg tambah 3 kali. pastu, makan lagi. mak dia buat fruit cocktail. sedap sedap T.T haha after makan semua. around 5.40pm kitorg keluar kepasar besar siti khadijah. tapi dah lewat ptg kan. so banyak kedai dah tutup. dapatla i beli 1 kaftan RM25. kawan i beli keropok sira sambal 1 bungkus besar tu RM36. habis shopping. patutnya nak singgah few tempat lagi. disebabkan hari nak gelap. terus rush ke PCB. nak shoooting la katekan. kang dah malam tak nampak apa. haha





after shooting. makan aiskrim kelapa. aiskrim pasu, coconut shake kat kedai makan tepi tu. sedap. nak cakap tak sedap pun takleh sebab basically aiskrim tu just aiskrim neapolitan nestle, dia letak dalam kelapa, ada nata de coco sikit, chocolate chip. harga okay berbaloi la sebab banyak.





pastu balik rumah Aimi. mandi solat  terus naik bas. patutnya nak makan dulu tapi dah tak sempat. takut terlepas bas. Dalam 9.20pm sampai terminal bas kb(tesco). sampai pergi kaunter terus. then, salam salam terus naik bas. Bas tu berhenti berhenti lebih kurang 5-6 kali ambik org. sampai la ke r&r gua musang. sampai situ dalam pukul 1am. Kat R&R tu lapar, tapi mcm tak jumpa makanan yg sederhana. beli nescaffe latte je. waktu nak naik bas tu. baru perasan ada org jual burger =.=. dah beberapa ahri nak burger. knp baru nampak haha. takde rezeki lettew. ni la rupa bas mutiara. selesa. seat besar. tapi agak keras. takde wifi.


so, i prefer bas ekspres perdana. credit kat ekspres perdana sebab driver dia bawak berhemah, siap announce lagi bagitahu berapa minit berhenti. Sambung perjalanan dalam pukul 2am. Sampai TBS pukul 5.40am. Pastu teruskan perjalanan ke Shah Alam, Klang Huwaaaaa.

Masa naik bas otw balik tu i cakap east. Rasa lega gila. tak sangka sampai jugak kita semua kat kelantan. tak sangka sampai rumah aimi. haha bukan ape, since semua i yg plan, i takut tak menjadi. yelaa, i bawak 8 org. 8 org yg ikut je apa i rancang. mcm bawak anak anak. hahaha thanks guys :) thanks banyak tlg. thanks tak banyak kerenah T__T. mamma mya loves youu.

Alhamdulillah.

klik sini utk baca sambungan post KL-Pulau Perhentian :)
klik sini utk baca sambungan post Hiking ke Windmill :)
klik sini utk baca sambungan post Snorkeling:)
klik sini utk baca sambungan post Kuala Besut ke Kota Bharu Ke KL :)

Percutian Bajet 2.0 : Pulau Perhentian III , Snorkeling :)

esok pagi tu semua keras je. mana tak nya 16 degree celcius kan. semua pun taknak beralah pergi tutup aircond. haha dlam pukul 8.30am kami semua keluar. brg berharga sentiasa bawak ya. i pernah hilang duit semua. i bawak purse, sjcam, powerbank, roti utk ikan, roti utk sendiri. air mineral. semua tu i letak dlm dry bag i. so yg takde dry bag. letak brg yg tak boleh kena basah dalam beg cerut or plastik. then, tumpang beg org. tak pun beli la 1 kongsi. beg ni utk letak dlm boat je. so atleast kalau boat basah. handphone okay :) sampai coral bay around 9am. breakfast kat sana. my friend semua breakfast roti canai. dorg cakap kuah sedap gila. fyi, makan kat coral bay ni murah RM1-3 dari long beach. makan la kat ewans place sedap, harga standard pulau tapi banyak. i macam biasa order air je. air teh ais RM3.50. lepas kedai kak mah bukak. i pergi bayar full utk snorkeling.

about 10am kitorg semua naik boat. kami naik ngan seorang pakcik ni. pakcik ni bawak okay je. boat takde lompat lompat. kira pemandu boat berhemah la pakcik ni. mungkin sebab dah berpengalaman. sebab tu dia bawak boat smooth je. then kami snorkeling.









after 4 point. kami stop lunch di fisherman village. kami makan di ada restaurant. sedap dan murah.

lepas tu sambung snorkeling lagi 2 point. 



tu gamat atas tu. 


habis snorkeling dln 4.30pm. kami turun kat coral bay. pastu balik ke chalet. balik chalet tu bilas badan dan solat. pastu kitorg pergi mandi laut wehuu. mmg mandi puas puas.

balik tu terus balik bilik. mandi solat. naik bilik atas makan maggi. since i bawak 4 cup maggi. baru makan 1. so mlm tu makan 2. hahah tak larat tapi takkan nak bawak balik. hahah. then mcm biasa. borak borak, main chess, main jaws king. kitorg meeting sikit lepastu utk program esok. kononnya plan awal. nak bangun pagi. nak shooting tepi laut. tapi disebabkan taknak basahkan baju, beratkan beg. kami decide utk taknak mandi dah.

klik sini utk baca sambungan post ni, Kuala Besut ke Kota Bharu Ke KL :)


klik sini utk baca sambungan post KL-Pulau Perhentian :)
klik sini utk baca sambungan post Hiking ke Windmill :)
klik sini utk baca sambungan post Snorkeling:)

Percutian Bajet 2.0 : Pulau Perhentian II, Hiking to Windmill

okay sambung. jom ke windmill :)

Mcm mana nak naik windmill? Lalu kat belakang chalet. ada signboard. ikut je track tu. 

perjalanan dalam 30 minit. penat la jugak. tapi sampai je atas tu korg akan rasa lega gila. sebab view dia worth lenguh kaki. 

















lepas dah puas ambik gambar semua. kitorg turun. then terus masuk laut. therapy badan yg lenguh. haha masuk je laut sejuk kan. hilang semua penat. haha tetiba mcm ramai kan? kebetulan ramai kawan se-uni pun cuti sini :)

dalam pukul 6.30 cmtu kitorg terus pergi makan kat area long beach. utk pengetahuan korg. start pukul 9pm cmtu. kedai makan dah start tutup. dan bar je yg beroperasi, shisha semua tu la. takyah hairan la yg menjual beer tu semua org melayu. disebabkan menu dorg yg bermacam macam. jadi order tu mmg lambat la dapat. tapi sabar je. makanan semua rasa memuaskan :). harga mmg mahal. nasi goreng cina RM8. nak yg special sikit RM16 cmtu. mcm i, i selalu order sizzling. sebab banyak. yela kalau kat KL pun rm5-6. so sizzling RM8. kira berbaloi la kan. nak jimat lagi. ais kosong sudah, itu pun RM1. hahaha


lepas makan. kitorg tunggu sekejap utk tgk fireshow. 


balik tu kitorg mandi solat semua. berkumpul lat bilik atas. maggi party. waaa mmg sedap la kan makan maggi ramai ramai. bilik ac. dpt angin laut lagi. sejuk gila :) haaa plan kitorg mmg nak jimat.so kitorg bawak maggi. tea biskut dan segala macam. mcm mana masak? kitorg bawak mini stove. ala ala camping. lepas makan. sambung dengan main chess and  card. waaa dari pangkor haritu i dah set kepala malas nak belajar main. tapi dah terjebak. uuu mya the jaws queen. okay tipu hahahahah baru amatur.

balik dari bilik tu. hahaha i terus hasut roommate. ajar dorg main. hahahahaha mmg hebat penangan jaws king ni. lepas 4 game baru tidur. aircond tu takleh adjust mmg 16 degree celcius je. mmg beku la kan. dia samada bukak airond sejuk gila atau tutup. bayangkan la. air botol, sabun, minyak wangi pun semua dah sejuk sampai berembun. haha

klik sini utk baca sambungan post ni, Snorkeling:)

klik sini utk baca sambungan post KL-Pulau Perhentian :)
klik sini utk baca sambungan post Hiking ke Windmill :)
klik sini utk baca sambungan post Kuala Besut ke Kota Bharu Ke KL :)

klik sini utk tengok post :