Pages

Showing posts with label vakasi bajet perhentian. Show all posts
Showing posts with label vakasi bajet perhentian. Show all posts

Saturday, April 25, 2015

Percutian Bajet 2.0 : Full Itinerary & Bajet Ke Pulau Perhentian

Vakasi Bajet Ke Perhentian.


Day 1(19 April, Ahad)
10.00pm   RM 44 seorang bas ekspres perdana dari TBS ke KUALA BESUT 
                 RM XX maggi, roti krim, air kotak.

Day 2(20 April, Isnin)
02.00am   RM XX Berhenti mkn di R&R 
06.00am   Tiba di Kuala Besut + Solat
                 RM 7.50 seorang Breakfast Nasi Kerabu & Teh Ais
12.00pm   RM 50 seorang boat pergi-balik ke Jeti Kuala Besut-Pulau Perhentian Kecil
                 RM 5 yuran taman laut 
                 RM 2 taxi air ke darat 
02.00pm  RM 98 seorang chalet 2 malam* bilik kongsi
                ( electric 6.30pm-9.30am)
                 Solat Zohor+Asar
03.00pm  pergi Long Beach+Coral Bay.
                cari pakej snorkeling utk keesokan hari.
                RM30 seorang Snorkeling 7 point ( Kak Mah, The Sunset Shop)
04.30pm  hiking to windmill
07.00pm  tgk sunset 
07.30pm  RM 9 dinner kat Long Beach
08.30pm  tgk fire show. Main Game. Tidoq 

Day 3 (21 April, Selasa)
06.00am  bangun subuh oi
07.30am  breakfast makanan sendiri, roti. Air Teh Ais kat Dinie's Cafe RM 3.50
                kedai makan bukak pukul 10am dekat long beach.
10.30am  RM 3.40 roti utk ikan. (dah beli kat jeti, kat pulau mahal) snorkeling!! 
01.30pm  RM 7 lunch di fisherman village. Nasi Goreng Kampung & Teh O Ais.
05.00pm  balik Long Beach
06.00pm  RM XX aktiviti pantai .
                banana boat (RM30). Kayak(RM30) satu canoe
07.30pm  Dinner maggi. Air sendiri. UNO.Tidur 

Day 4(22 April, Rabu)
06.00am  subuh oi 
07.30am  breakfast 🍳. Main bola .
10.00am  siap utk check out
10.30am  balik ke jeti kuala besut 
                RM  2 taxi 
02.00pm RM6 cek tiket bas cityliner Besut-Kota Bharu. Bas 639. Solat 
03.30pm RM 20 hostel KB seorang. sewa kereta viva(RM40/kereta utk 5 jam )
04.00pm pergi Pasar Siti Khadijah, RM 5 aiskrim kelapa di PCB, round KB, dinner
10.00pm RM44 bas Ke KL

Day 5(23 April , Khamis)
06.00am sampai TBS 

####TIPS
Bawa beg sandang. jangan bawak beg roda. malu kat org kita nak pi pulau. Susah nak angkat. sweater, secebis cellotape utk tutup aircond incase masih sejuk, travel pakai kasut selesa. slipper, ubat penting,plaster,cash $$$$ (kat tbs je ada ATM . KL ke besut no ATM), bawak track tshirt cukup, takyah nak cantik sgt. Pack seringkas yg blh. haha baju utk basah, Perempuan pakai tudung instant and baju gelap senang, shade , beg cerut atau dry bag. Brg berharga sentiasa bawak . Haritu mya gi perhentian takde cash takde atm. Nak beli souvenir beli kat jeti. Brg sama harga berbeza. Ceh. Haha Gadget kecik je .ipad tak payah . Monopod! Makanan! Maggi bubur roti sardin. Kat jeti sana ada kedai runcit selalu bukak. Tak semahal pulau. bawak mini stove. Air mineral , roti utk ikan. Bawak ikut byk mana korg minum. Benda berat kan. Extension utk charge fon. powerbank penting. . Line sana tak okay sgt . Torchlight .fon pun okay . Bawak pape game utk main mlm mlm . Bola pantai. Yg penting bawak tenaga dan semangat .

Expect the worst utk chalet . Yg penting  have fun  under the sun.☀

Bas RM 88(pergi balik)
Chalet RM 98 (ada lagi murah)
Boat RM 50
Taman Laut RM 5
Taxi air RM 4
Snorkeling RM 30
Bas ke KB RM 6


klik sini utk baca sambungan post KL-Pulau Perhentian :)
klik sini utk baca sambungan post Hiking ke Windmill :)
klik sini utk baca sambungan post Snorkeling:)
klik sini utk baca sambungan post Kuala Besut ke Kota Bharu Ke KL :)

Percutian Bajet 2.0 : Pulau Perhentian IV, Kuala Besut Ke Kota Bharu Ke KL

Nak balik dah! naik boat pukul 10.30am. mcm biasa dari tepi pantai ke boat, naik teksi boat (RM2). perjalanan 50 minit.



sampai je jeti kami terus ke terminal teksi utk tggu bas. sampai je situ. pakcik teksi kata bas baru je gerak. chiss hahaha.

nak ke KB ni naik bas city liner. mcm bas rapid. so kena tggu je. sementara tunggu tu kami survey bus utk balik. kami cari bas mutiara and perdana. kitorg cari bas yg lalu tbs dan shah alam. actually dah tgk online, tapi saja je nak tanya lagi. lepas check bas perdana ada tapi seat tinggal belakang. then, tgk kaunter mutiara pulak. Balik tu naik bas mutiara. knp mutiara. Dalam rank bas.number 1 sani. tapi R&R dia dah out of list. Kedua mutiara. ketiga ekspres perdana. so saja try mutiara, lagipun seat yg tinggal pun okay. area tengah. hahah lagipun. masa sebenarnya kitorg nak tgk seat je. pastu pakcik tu terus print tiket =.=. hahahahah settled bab tiket balik. tggu punya tggu. dalam 1.25pm baru ada bas. 2 jam jugakla tggu bas. sempat makan, beli souvenir, main card semua. Naik bas dari Besut-Kota Bharu(RM6 seorang), perjalanan 2 jam.

Sampai je. plan awal nak check in backpackers hostel KB. Sewa 2 kereta Viva RM6 sejam. Tapi. semua plan tu cancel sebab rezeki. Sampai je, mak kawan kitorg, aimi ambik. 2 kereta. then pergi rumah dia. so sampai je solat. pastu mak dia masak lagi. makan tomyam. sedap. dah la mmg lapar, pastu kat pulau catu makanan. ahahah mmg tambah 3 kali. pastu, makan lagi. mak dia buat fruit cocktail. sedap sedap T.T haha after makan semua. around 5.40pm kitorg keluar kepasar besar siti khadijah. tapi dah lewat ptg kan. so banyak kedai dah tutup. dapatla i beli 1 kaftan RM25. kawan i beli keropok sira sambal 1 bungkus besar tu RM36. habis shopping. patutnya nak singgah few tempat lagi. disebabkan hari nak gelap. terus rush ke PCB. nak shoooting la katekan. kang dah malam tak nampak apa. haha





after shooting. makan aiskrim kelapa. aiskrim pasu, coconut shake kat kedai makan tepi tu. sedap. nak cakap tak sedap pun takleh sebab basically aiskrim tu just aiskrim neapolitan nestle, dia letak dalam kelapa, ada nata de coco sikit, chocolate chip. harga okay berbaloi la sebab banyak.





pastu balik rumah Aimi. mandi solat  terus naik bas. patutnya nak makan dulu tapi dah tak sempat. takut terlepas bas. Dalam 9.20pm sampai terminal bas kb(tesco). sampai pergi kaunter terus. then, salam salam terus naik bas. Bas tu berhenti berhenti lebih kurang 5-6 kali ambik org. sampai la ke r&r gua musang. sampai situ dalam pukul 1am. Kat R&R tu lapar, tapi mcm tak jumpa makanan yg sederhana. beli nescaffe latte je. waktu nak naik bas tu. baru perasan ada org jual burger =.=. dah beberapa ahri nak burger. knp baru nampak haha. takde rezeki lettew. ni la rupa bas mutiara. selesa. seat besar. tapi agak keras. takde wifi.


so, i prefer bas ekspres perdana. credit kat ekspres perdana sebab driver dia bawak berhemah, siap announce lagi bagitahu berapa minit berhenti. Sambung perjalanan dalam pukul 2am. Sampai TBS pukul 5.40am. Pastu teruskan perjalanan ke Shah Alam, Klang Huwaaaaa.

Masa naik bas otw balik tu i cakap east. Rasa lega gila. tak sangka sampai jugak kita semua kat kelantan. tak sangka sampai rumah aimi. haha bukan ape, since semua i yg plan, i takut tak menjadi. yelaa, i bawak 8 org. 8 org yg ikut je apa i rancang. mcm bawak anak anak. hahaha thanks guys :) thanks banyak tlg. thanks tak banyak kerenah T__T. mamma mya loves youu.

Alhamdulillah.

klik sini utk baca sambungan post KL-Pulau Perhentian :)
klik sini utk baca sambungan post Hiking ke Windmill :)
klik sini utk baca sambungan post Snorkeling:)
klik sini utk baca sambungan post Kuala Besut ke Kota Bharu Ke KL :)

Percutian Bajet 2.0 : Pulau Perhentian III , Snorkeling :)

esok pagi tu semua keras je. mana tak nya 16 degree celcius kan. semua pun taknak beralah pergi tutup aircond. haha dlam pukul 8.30am kami semua keluar. brg berharga sentiasa bawak ya. i pernah hilang duit semua. i bawak purse, sjcam, powerbank, roti utk ikan, roti utk sendiri. air mineral. semua tu i letak dlm dry bag i. so yg takde dry bag. letak brg yg tak boleh kena basah dalam beg cerut or plastik. then, tumpang beg org. tak pun beli la 1 kongsi. beg ni utk letak dlm boat je. so atleast kalau boat basah. handphone okay :) sampai coral bay around 9am. breakfast kat sana. my friend semua breakfast roti canai. dorg cakap kuah sedap gila. fyi, makan kat coral bay ni murah RM1-3 dari long beach. makan la kat ewans place sedap, harga standard pulau tapi banyak. i macam biasa order air je. air teh ais RM3.50. lepas kedai kak mah bukak. i pergi bayar full utk snorkeling.

about 10am kitorg semua naik boat. kami naik ngan seorang pakcik ni. pakcik ni bawak okay je. boat takde lompat lompat. kira pemandu boat berhemah la pakcik ni. mungkin sebab dah berpengalaman. sebab tu dia bawak boat smooth je. then kami snorkeling.









after 4 point. kami stop lunch di fisherman village. kami makan di ada restaurant. sedap dan murah.

lepas tu sambung snorkeling lagi 2 point. 



tu gamat atas tu. 


habis snorkeling dln 4.30pm. kami turun kat coral bay. pastu balik ke chalet. balik chalet tu bilas badan dan solat. pastu kitorg pergi mandi laut wehuu. mmg mandi puas puas.

balik tu terus balik bilik. mandi solat. naik bilik atas makan maggi. since i bawak 4 cup maggi. baru makan 1. so mlm tu makan 2. hahah tak larat tapi takkan nak bawak balik. hahah. then mcm biasa. borak borak, main chess, main jaws king. kitorg meeting sikit lepastu utk program esok. kononnya plan awal. nak bangun pagi. nak shooting tepi laut. tapi disebabkan taknak basahkan baju, beratkan beg. kami decide utk taknak mandi dah.

klik sini utk baca sambungan post ni, Kuala Besut ke Kota Bharu Ke KL :)


klik sini utk baca sambungan post KL-Pulau Perhentian :)
klik sini utk baca sambungan post Hiking ke Windmill :)
klik sini utk baca sambungan post Snorkeling:)

Friday, April 24, 2015

Percutian Bajet 2.0 : Pulau Perhentian I , To Pulau Perhentian We Go

hye guys :)

kali ni i nak kongsi pengalaman percutian bajet i ke perhentian bersama 8 kawan i.
after pergi vakasi vajet 1.0 ke pulau pangkor haritu. kitorg mmg plan next trip either nak pergi redang, perhentian or tioman. since pulau pulau yg tersenarai tu i dah pernah pergi. so rasa confident lebih nak bawak org tu ada lah. :) after dah survey survey. kitorg decided VV2.0 pergi perhentian sebab bajet lebih rendah. Bajet awal kami letak bawah RM400. I dah survey pakej pakej yg ada. Since i dah pernah pergi, so i tahu lagi murah kalau kita tak ambik pakej. Mungkin dari apa yg i tulis. You pun boleh buat pakej sendiri. hihi

Okay! perhentian terbahagi kepada 2. perhentian besar dan kecil. so boleh refer map ni.

well, i decided perhentian kecil since kitorg semua still muda. perhentian kecil lebih happening. laut dia lebih lawa di long beach (pantai sebelah kanan perhentian kecil). coral bay (pantai sebelah kiri perhentian kecil), laut dia lawa waktu pagi. perhentian besar more to family, ataupun yg nak kan lebih privacy, family day mcm tu.

perhentian kecil ni banyak chalet/dorm yg murah murah dan lebih kepada backpackers style. ramai jugak yg tanya kat perhentian kecil ni best duduk mana. bagi i. papepun cari area long beach dulu second area coral bay , last sekali baru kampung nelayan.

since nama percutian ni pun vakasi vajet, i dah survey cara paling murah nak pergi ke kuala besut. kebetulan haritu air asia buat promo tiket flight murah RM60 pergi balik. tapi the thing is, campur dgn tambang teksi pergi balik airport kota bharu-kuala besut, lagi mahal dari bas. naik kereta pulak, penat tenaga nak drive, nak park kereta pun kena bayar. duit duit. haha

hokayy.
weolls start our journey dari TBS. kitorg naik bas Ekpres Perdana. Tiket TBS- Kuala Besut.
utk naik dari TBS ni ada 3 bas. Mahligai(RM44) 1 tingkat seat 2-2. Bas Ekspres Perdana(RM44) dan Sani(RM45) 2 tingkat, seat 2-1. Before ni i pergi perhentian naik bas sani. Bas mmg superb. Lagi lagi baru ni sani tukar bas baru lagi. Lagi la superb kan. Tapi, yg tak suka nya bas sani berhenti kat hentian merapoh. Dia punya R&R tak best. i repeat tak best. Bas best yg berhenti kat R&R Gua Musang (Baru), bas Mutiara, Ekspres Perdana & Mahligai je. R&R ni serious selesa compared to hentian lain. Pastu siap ada announcement kalau bas nak gerak kat food court tu. so insyaAllah mmg tak terlepas bas la :) hehe

mcm ni la rupa bas i naik haritu. tapi bukan bas ni. haha

Ambik bas pukul 10.30 malam. Dalam bas tu dah ada penumpang dari shah alam.

After perjalanan about 4 hours, sampai R&R Gua Musang. berhenti about 1 hour. Then, sambung perjalanan. Banyak kali berhenti, Pasir Putih, Machang. Lebih 5 kali jugak la bas berhenti. Don't worry Kuala Besut destinasi yg last sekali. so, jangan takut kalau tak sure nak turun kat mana. Dalam 5.40am bas sampai di terminal bas besut. Jangan expect terminal bas ni sama mcm terminal bas lain. Terminal ni kecik je. Turun je, kitorg terus pergi surau. Ramai gila org. Semua lebih kurg sebaya kitorg je. Student la. Surau kat mana? Turun je bas. Ambik belah kiri yg ada 7E. Terus je. Nanti nampak Signboard Jeti Kuala Besut. Dekat sebelah jeti, ada surau.

Boat start beroperasi pukul 8.00am. Sementara tunggu boat tu. Kami breakfast di kedai makan betul betul sebelah gate nak ke boat. Harga okayla. tak murah, tak mahal macam pulau. Beli kat sini. Nanti makcik tu ambikkan. Pape lauk yg korg taknak cakap. Cth mcm i, i nak kerabu. Taknak lauk. Kalau tak cakap, habis semua dia letak, pastu "adik nah RM5". nasib murah. tapi tak makan habis. nasi sikit. lauk agak muak. yela pagi pagi kan. Dah nak dekat pukul 7.30am, i pergi kat tempat bas tadi. cari seven seas services. Utk boat (RM50 pergi-balik). Since dah book few days before. Just nak dtg situ utk isi borg. Details penumpang, supaya kalau ada kemalangan ke ape senang. After that, tunggu boat. Kitorg ambik boat pukul 9.00am. Before naik boat tu, beli Tiket Taman Laut kat Jeti tu jugak RM5 seorang.


psst abaikan tarikh, sebab lupa adjust date setting kat camera. haha

Dah naik boat. Perjalanan dari jeti ke Perhentian Kecil about 40 mins. Sedikit tips. sesiapa yg tak confident nak naik boat. jangan duduk depan. duduk seat 2 dari belakang. Kurang sikit melambung. Don't worry la. Tak mabuk pun. Enjoy the ride la. Mcm naik kuda. 


Bila dah sampai. kitorg kena transfer naik boat kecil kita panggil taxi. kena transfer diri dan brg utk ke tepi pantai. ni kena bayar RM2 seorang. Bagi aku boat ni just nak bagi boat kecil duit. hahah upon reached perhentian kecil, kitorg terus pergi check in chalet. Kitorg duduk kat Mohsin Chalet. Chalet ni atas bukit jugak mcm D'Rock. Niat mmg nak duduk D'Rock Garden Resort. Tapi dah fully-booked. So just ambik je la. Last time, i duduk d'rock garden. kalau tanya i, kalau pergi lagi, nak duduk mana. i akan cakap i prefer duduk d'rock garden walaupun kena panjat tangga batu cave :)

masa sampai tu panas. pulau mmg panas. tapi kali ni panas daripada yg i pernah pergi. musim panas kot. menapak ke reception mohsin chalet. tangga sedikit menguji. time sampai tu 1 bilik dah ready, 


lagi 2 bilik belum ready lagi. so weolls semua lepak kat 1 bilik ni. main chess, main card kat luar. sebab takde letrik (electric 6.30pm-9.30am). panas. So weolls ambik 3 bilik AC. RM140 per room. Tambah bed RM150per night. I mcm what tuttt tuttt. hahaha

nah view dari Mohsin Chalet. Tapi view ni nampak kalau duduk kat chalet bahagian atas bukit je.


After mandi dan solat. Dalam pukul 4.30 tu kitorg keluar bilik. Sebab kat luar dah kurang panas. 
Pergi jalan kat long beach. survey pakej utk snorkeling. Kat long beach mahal mahal. snorkeling yg standard 6 points pun sampai RM50. take note ya semua. harga average utk snorkeling 6 points RM40. Kitorg duduk minum  depan sunrise inn chalet. sebab ada kawan duduk situ. bilik dorg mmg menghadap laut. kipas. tapi malam panas menurut dorg. i minum je. Milo ais RM5 segelas.



Then, kitorg continue our journey Long Beach-Coral Bay. Trekking sikit. Lalu panorama chalet, bintang chalet, tropicana inn, ewans place, ombak dive resort. 
bintang chalet

tropicana inn chalet


then, tadaaaa sampai coral bay. nak ke coral bay, boleh jugak lalu jalan pergi mohsin terus sampai tropicana, then terus je ke belakang. coral bay lagi panas dari long beach. kalau nak tgk sunset kat area coral bay la. masa jalan tu, jumpa banyak pakej snorkeling. kat tropicana inn RM35 6 points, kat sepanjang coral bay ada RM35 and RM30 6 point. ada yg RM25 3 point.

After survey, survey. kitorg ambik pakej snorkeling kat kedai Kak Mah Sun Set Shop, Coral Bay. Sebelah Dinie's cafe. RM30 snorkeling 7 points. murah kan? kredit sebab lebih 1 point dari kedai lain. kitorg mmg jaga bajet. kenapa? sebab tahu ada yg murah utk benda yg sama :) so jimat RM20 dari long beach. huhu.

gambar dibawah tiada kaitan ngan pakej yg i ambik :)


sementara survey sempat lagi main buai. haha

Bayar deposit RM10 kat akak tu. Then start journey nak hiking pergi windmill hehuuu. Pergi Perhentian Kecil tak sah tau kalau tak naik windmill. Tapi dinasihatkan bawak la sebotol air.

klik sini utk baca sambungan post ni, Hiking ke Windmill :)

klik sini utk baca sambungan post KL-Pulau Perhentian :)
klik sini utk baca sambungan post Snorkeling:)
klik sini utk baca sambungan post Kuala Besut ke Kota Bharu Ke KL :)

klik sini utk tengok post :