Pages

Showing posts with label Universiti Teknologi MARA. Show all posts
Showing posts with label Universiti Teknologi MARA. Show all posts

Monday, February 27, 2017

Cara Bayar Bil UiTM Melalui Online Banking / Perbankan Internet Bank Islam (www.bankislam.biz)

Macam mana nak bayar Bil UiTM melalui Online Banking / Perbankan Internet Bank Islam?
pertamaaaa sekali kena ada Bank Islam Internet Banking Account !
kalau tak ade macam mana nak log in kan?

so cara paling mudah untuk bayar,

1  . Layari https://www.bankislam.biz/
2  . Klik Internet Banking Login
3  . Masukkan User ID (Username) dan klik Login
4  . Pastikan Private Image and Private Word betul, kemudian klik /, 
5  . Masukkan Password dan klik Login
6  . Pilih Bill Payment, klik Bill Presentment
7  . Pilih Universiti Teknologi MARA pada bahagian senarai penyedia perkhidmatan. Klik Next.
8  . Masukkan nombor Kad Pengenalan Pelajar . Klik Next.
9  . Senarai Bil yang perlu dijelaskan oleh pelajar akan tertera di skrin.
10. Klik dan Pilih Bil yang hendak dibayar. Klik Pay.
11. Skrin berikutnya akan menunjukkan butiran pembayaran seperti nama pelajar, nombor pelajar, 
      nombor bil dan amaun yang perlu dibayar.
12. Pilih sumber akaun untuk membuat pembayaran. Klik Pay untuk meneruskan pembayaran.
13. Skrin berikutnya akan menunjukkan butiran pembayaran yang hendak dibayar sebelum pengesahan dibuat.
      Request IAC number. IAC number akan dihantar melalui SMS ke phone anda.
14. Masukkan IAC number, kemudian klik Confirm untuk mengesahkan pembayaran atau sebaliknya. Skrin pengesahan pembayaran akan dipaparkan beserta nombor rujukan.
15. Cetak slip bayaran untuk rujukan.

sumber : Bendahari UiTM

Untuk semak balik bil yang awak dah bayar tadi. boleh ulang langkah ni,

6  . Pilih Bill Payment, klik Bill Presentment
7  . Pilih Universiti Teknologi MARA pada bahagian senarai penyedia perkhidmatan. Klik Next.
8  . Masukkan nombor Kad Pengenalan Pelajar . Klik Next.
9  . Senarai Bil yang perlu dijelaskan oleh pelajar akan tertera di skrin,
      Kalau bil tu betul kita dah bayar, dia takkan keluar lagi bil tu. so, takkan terbayar dua kali la.
      Kecuali, kalau UiTM terjana bil yang sama banyak kali. Kalau kes mcm tu, cepat cepat rujuk
      bendahari untuk cancel bil yang terlebih tu. Kalau terbayar, ambik masa yg lama untuk dapat
      refund.

Boleh juga check online. Tapi lazimnya status Bil akan di update dalam masa 3 hari.
Langkah-langkah seperti berikut;

> Klik Student Portal 
> Login
> Klik FinEportal
> Klik Bil Pelajar 
> Semak Bil yang masih Belum DiBayar

sumber : Bendahari UiTM

untuk tahu Cara Bayar Bil UiTM Melalui ATM Bank Islam, Boleh klik SINI

okay. setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini.

terima kasih.



amyryqa.my



pihak amyryqa.my tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kesilapan dalam urusan Tuan/Puan

Cara Bayar Bil UiTM Melalui ATM Bank Islam

Macam mana nak bayar Bil melalui ATM MACHINE?
kena pastikan awak guna ATM Bank Islam ye.
JANGAN SESEKALI BAYAR BIL MELALUI CASH DEPOSIT MACHINE / deposit transfer!
sebab nanti bendahari tak boleh detect/kesan siapa yang bayar. student UiTM sangat ramai.

so cara paling mudah yang InsyaAllah tak kan tersilap.
lepas dah pilih Bahasa dan masukkan nombor PIN,

1. di skrin Menu > klik Lain > klik Pembayaran Bil / Yuran IPT 
2. Masukkan No. Kad Pengenalan Pelajar (bukan ID pelajar ye. saya pernah tersilap T_T)
3. click Bil mana yang nak bayar > pastikan amaun dan bil yang betul (sebab kadang kadang banyak bil keluar)
4. simpan slip

Untuk pastikan yang awak dah bayar bil tu.
Cuba lagi sekali ulang langkah dibawah
1. di skrin Menu > klik Lain > klik Pembayaran Bil / Yuran IPT 
2. Masukkan No. Kad Pengenalan Pelajar 
3. kalau betul dah bayar, bil yang kita dah bayar tadi takkan keluar lagi.

Boleh juga check online. Tapi lazimnya status Bil akan di update dalam masa 3 hari.
Langkah-langkah seperti berikut;

> Klik Student Portal ( http://istudent.uitm.edu.my/nsp/home/main.asp )
> Login
> Klik FinEportal
> Klik Bil Pelajar 
> Semak Bil yang masih Belum DiBayar

untuk tahu Cara Bayar Bil UiTM Melalui Online Banking / Perbankan Internet Bank Islam,
Boleh klik SINI

okay. setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini.

terima kasih.



amyryqa.my



pihak amyryqa.my tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kesilapan dalam urusan Tuan/Puan

Friday, April 11, 2014

Oh My GT. (Gugur Taraf UiTM)

April 11, 2014 :

GT tu Gugur Taraf.
So basically this post utk student UiTM

Q :  Bagaimana seseorang pelajar itu boleh mendapat status Gugur Taraf (GT)?

A :  Status itu diberi kepada pelajar gagal mendaftar kursus dan membayar yuran pengajian dalam tempoh yang ditetapkan pada setiap semester.


Last thursday, kita buka Student Portal utk download notes.
Then, pofff keluar benda ni.
oh my myaaa kena GT
hahaha


haha dah kena GT nak buat apa?
first sekali 
APPEAL FOR INSTATEMENT OF STATUS AS STUDENT


so as korang boleh baca, 
Reason for being given GT(Gugur Taraf) status from UiTM :
I did not pay my fees

haha bukanlah taknak bayar yuran.
dah cek bnyak kali pasal JPA bila duit masuk. pastu asyik delay je.
last sekali dah habis validate pun tak masuk lagi.
takut kalau bayar nanti. JPA pun bayar. nak tuntut yang kita dah bayar tu lambat.
dah pernah dip dulu.

After dah camtu, kita terus contact bendahari UiTM.
Dia cakap, kat UiTM punya sistem.
Kita bukan student tajaan. So sad. haha
So kita kena update status tajaan manually katanya.
Maka, dia suruh bawak surat tawaran biasiswa JPA pergi Unit Kewangan Zon 16.
Malam tu pun dapat message dari UiTM.
"Visit SP urgently for appeal"

Malam tu kita print Surat Tawaran.
Pastu , kawan kita, Aiman nama dia.
Dia cakap, actually dah keluar pekeliling yg student tajaan JPA kena buat penangguhan tajaan.
Mungkin ramai tak tau katanya. Kita lah salah sorang tu.
Kahkah.

Esok dia pepagi kita pergi 
Unit Kewangan Zon 16.
Kat ne?
Kat bangunan Budisiswa.
Belakang PTAR 1.
Cam kita rumah kat PKNS kan.
So amek Bas C pergi padang kawad.
Pastu ambik Bas A Padang Kawad-Bangunan Budisiswa

Turun je, nanti nampak Bahagian Hal Ehwal Pelajar.
Tulah Bangunan Budisiswa.
Dia kat belah Kiri.
Naik je tangga nampak ni kat belah kiri.


so ni office dia.
tunggu turn okay.

Sampai je turn.
Kita just cakap, kita GT and hulur surat tawaran tu.
Dia mintak no matrik.
So status updated!

Kita tanya whether should bayar sendiri ke nak tunggu JPA jugak.
Dia cakap tunggu je. Takpe.
Tapi kalau by 2nd May tak masuk gak JPA.
kena bayar sendiri dulu. nanti kena GT yg babai utk sem ni hahah
So JPA bila nak masuk?
hahah

Pastu kita terus bayar yuran.
Kenapa kita decided utk byar sendiri?
Malas nak fikir dah. Lambat ke awal ke masuk.
Ke tak masuk masuk ke.
At least kita dah secured kita punya status :)
sikit.

Utk pngetahuan korang.
Bila dah GT, pastu dah bayar.
Status still GT sampai result rayuan keluar .
So 24th April ni baru result keluar.
InsyaAllah nanti status aktif balik.
dengan UiTM ni tak payah risau sangat.
Kalau awak betul nak belajar, and ada usaha.
Pasti ada jalan.

So,
  • Kena GT
  • Appeal reinstatement
  • Updated Status Student - Penangguhan Tajaan
  • Bayar Yuran / Tunggu Tajaan
  • Tunggu Result
  • Cek result

Okay.
PAPAI
itu sahaja.

@amyryqa

Thursday, November 29, 2012

download LUMOS UiTM untuk susun jadual :)

hai guysss, mesti ramai yang ada masalah register class setiap kali nak masuk sem baru kann?
* lambat register, group dah penuh laaa
* nak free hari isnin dgn jumaat, nak susun kasi cantik .. hee
* ade paper repeat and susah susun class
* clash! and etc.

Lumos maybe boleh tolong korang :)
First download dulu software ni ... click LUMOS ni


okay, then download Lumos.


After download, click and run software tu :)


Untuk TUTORIAL guna LUMOS click sini :
http://amyryqa.blogspot.com/2012/11/tutorial-guna-lumos-uitm.html