Pages

Friday, August 4, 2017

Asimilasi Dalam Kalangan Masyarakat Baba Dan Nyonya di Melaka

klik sini untuk muat turun artikel


oleh;
Amirah ‘Atiqah Binti Badrul Hisham 

Pengenalan
MENURUT Kamus Dewan Edisi ke Empat, asimilasi bermaksud pemaduan bermacam-macam atau jenis atau berbagai-bagai unsur menjadi satu seperti pemaduan unsur-unsur dari kebudayaan yang berlainan menjadi satu kebudayaan. Dalam proses asimilasi, percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik dari budaya yang berlainan membentuk satu kelompok baru dengan kebudayaan dan identiti yang sama dalam tempoh masa tertentu. Menurut seorang ahli sosiologi,Vander Zanden, asimilasi ialah satu proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama. Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. Kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti. Terdapat banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik dan kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoriti. Masyarakat merupakan satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusundalam menjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka hidup bersama.Terdapat perhubungan terus menerus dalam kalangan mereka yang masih hidup dan kekal selama berabad-abad. Satu kumpulan atau kelompok manusia yang hidup saling berorganisasi, berbincang, bekerjasama dalam mengatur kerja secara kolektif, mampu menyatukan buah fikiran dan tindakan sehingga terjalin hubungan antara satu sama lain serta lahir satu sistem yang dinamakan sebagai kebudayaan. ( Roucek & Warren, 1979).

Sejarah Baba Nyonya
Menurut Koh Kim Bok, masyarakat dan generasi baba dan nyonya terhasil dari perkahwinan campur di antara perantau-perantau cina dan wanita-wanita tempatan. Selain itu, faktor perkembangan masyarakat baba dan nyonya adalah kerana mereka amat menggalakkan perkahwinan di antara kaum lelaki mereka dengan wanita-wanita tempatan. Selain itu, anak perempuan generasi baba dan nyonya digalakkan berkahwin dengan perantau dari negara China dan tidak dibenarkan berkahwin dengan lelaki tempatan. Pada pertengahan abad ke-19, ramaiimigran Cina datang ke Tanah Melayu, hasilnya, masyarakat Baba dan Nyonya semakin berkembang melalui asimilasi dengan masyarakat Melayu atau masyarakat Baba Nyonya. Dr.Lee Su Kim, Professor Madya dari Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sosial Sainsdan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, adat budaya unik masyarakat Baba Nyonya terhasil daripada perkahwinan campur antara pedagang dari wilayah Fujian, Tenggara China dengan masyarakat tempatan di Melaka hampir 700 tahun dahulu. Mereka mengamalkan cara hidup orang Melayu dari segi percakapan, pakaian dan juga makanan. Dari Melaka, kaum itu berhijrah ke Pulau Pinang dan Singapura.

Budaya
Menurut Dr. Lee Su Kim lagi selaku Presiden Presiden Persatuan Peranakan Baba Nyonya Kuala Lumpur dan Selangor itu, masyarakat Baba Nyonya Melaka bertutur dengan bahasa mereka sendiri iaitu campuran Melayu dialek Baba, manakala Pulau Pinang menggunakan dialek Hokkien. Masyarakat Baba dan Nyonya juga mengamalkan sifat-sifat dan tingkah laku wanita Melayu seperti peramah, suka melatah dan berbual-bual di kaki lima pada waktu petang. Keseluruhannya, penyelidik mendapati daripada keputusan yang diperoleh melalui penyelidikan yang dijalankan, didapati bahawa masyarakat Baba dan Nyonya masih teguh mengamalkan cara hidup kemelayuan sehingga kini. Mereka sayang untuk meninggalkan budaya yang unik itu begitu sahaja. Mereka sanggup mempertahankan budaya masyarakat Baba dan Nyonya. Percampuran budaya dan adat antara masyarakat Cina dan masyarakat Melayu dalam masyarakat Baba dan Nyonya telah membuktikan akan keakraban dan perpaduan yang wujud dalam masyarakat tersebut, malah masih mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan bermasyarakat. Jika tiada percampuran tersebut, maka masyarakat Baba dan Nyonya tidak akan wujud.
 
Adat
Masyarakat Baba dan Nyonya sedikit sebanyak telah mewarisi budaya masyarakat Melayu khususnya. Oleh hal yang demikian, tidak dinafikan bahawa sehingga kini masih ada lagi masyarakat Baba dan Nyonya yang menjadikan amalan dan pegangan masyarakat Melayu dalam kehidupan seharian mereka. Banyak pantang larang dan kepercayaan masyarakat Melayu telah iamalkan dalam kebudayaan masyarakat Baba dan Nyonya. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa masyarakat Baba dan Nyonya mempunyai mirip yang sama dengan masyarakat Melayu. Dalam adat perkahwinan Baba Nyonya kata beliau, kemeriahan cukup terasa di manamereka juga mempunyai acara bersanding dan juga persembahan seperti dondang sayang, ronggeng, joget lambak dan sebagainya.

Pakaian
Gaya Baba dan Nyonya berpakaian memperlihatkan ia dipengaruhi kebudayaan Melayu.Masyarakat Baba dan Nyonya tidak memakai pakaian seperti Samfoo, Cheongsam atau seluar panjang seperti kebanyakan orang cina namun, mereka memakai pakaian Melayu yang diubahsuai mengikut kehendak mereka. Sebagai contoh, kain sarung dan baju kebaya yang terdapat banyak sulaman yang bermotifkan bunga dan disematkan perhiasan barang kemas ketika memakainya. Lazimnya, Nyonya lebih gemar memakai tiga pucuk cucuk sanggul pada sanggul mereka. Bagi Nyonya yang bertindik pula, mereka memakai subang atau anting-anting sepertikebudayaan melayu (Koh Kim Bok, 2013). Menurut Dr Lee Su Kim, kaum Nyonya dahulu memakai baju panjang dipadankan dengan kain sarung dari Pekalongan, Indonesia. Mereka turut mengenakan perhiasan seperti kerongsang dan gelang selain pemakaian kasut manik yang sangatunik. Tambahan lagi, wanita Baba Nyonya memilih kebaya pendek yang lebih cantik dengan jahitan kerawang bermotif bunga dan haiwan untuk dipadankan bersama kain sarung.

Makanan
Menurut Koh Kim Bok, cara pemakanan masyarakat Baba dan Nyonya dipengaruhi kebudayaan Melayu. Seperti wanita melayu, nyonya-nyonya memakan sirih dan mengunyah daun tembakau. Mereka suka memakan dan memasak lauk atau masakan bermpah dan pedas seperti masak asam,sambal tumis, sambal cili gararam, buah keluak, masak lemak, sambal belacan, kuah lada dan rendang. Ulaman seperti jering, petai , pegaga, jantung pisang dan pucuk daun juga sebahagian
daripada makanan kegemaran masyarkat Baba dan Nyonya. Masyarakat Baba dan Nyonya juga lebih gemar makan menggunakan tangan daripada sudu atau penyepit. Kesimpulannya, selera makan dan cara pemakanan masyarakat Baba dan Nyonya sama seperti masyarakat melayu.

Cabaran
Masyarakat Baba dan Nyonya mempunyai kelompok kaum mereka yang tersendiri. Mereka dikatakan sebagai bukan orang Cina kerana kebanyakan keturunan mereka mengamalkan danmewarisi kebudayaan Melayu bukan Cina. Oleh kerana bahasa Cina mereka kurang difahami, orang Cina menganggap masyarakat Baba dan Nyonya seperti orang Melayu. Budaya pantun-memantun adalah salah satu budaya masyarakat Baba dan Nyonya yang kian dilupakan. Generasi Baba dan Nyonya sekarang tidak menghargai warisan merek seperti barang antic dan rumah pusaka. (Koh Kim Bok, 2013)

Kesimpulan
Budaya masyarakat Baba dan Nyonya semakin pudar kerana sebahagian generasi kini tidak mewaridi tradisi dan adat mereka. Namun begitu, masih ada lagi yang memperjuangkan usaha dalam membudayakan hidup Baba dan Nyonya ini. Percampuran budaya dan adat antara masyarakat Cina dan masyarakat Melayu dalam masyarakat Baba dan Nyonya telah membuktikan akan keakraban dan perpaduan yang wujud dalam masyarakat tersebut, malah mereka mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan bermasyarakat. Sekiranya percampuran antara kaum Melayu dan Cina tidak berlaku, maka masyarakat Baba dan Nyonya tidak akan wujud.


SENARAI RUJUKAN
Koh., K. B. 2013, Sejarah, Cabaran dan Masa Hadapan Masyarakat Baba Nyonya. Badan Kesenian Baba Nyonya Negeri Melaka. Malaysia : Melaka.

Bintu., R. A. R. 2010, Kisah Kebaya Nyonya. Utusan Malaysia, Utusan Melayu (M) Berhad, Malaysia : Kuala Lumpur. 

Vijayaletchumy., S. & Wan., M. R. W. M., 2009. Cara Hidup Kemelayuan Masih Lagi Menjadi Pegangan dan Amalan Masyarkat Baba dan Nyonya di Malaysia, Jurnal Aswara, Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Malaysia : Serdang.

Ding., M. C. 2008, Pantun Peranakan Baba: Mutiara Gemilang, Negeri-Negeri Selat. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi.

Shamsul., A. B. 2012. Modul Hubungan Etnik, Edisi Kedua, Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia. Malaysia : Bangi




______________________________________________________________________________

Badrul Hisham, A. A. (2014, Ogos). Asimilasi Dalam Kalangan Masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka. Dimuat turun pada Ogos 03, 2017, daripada https://www.academia.edu/8940566/Asimilasi_Dalam_Kalangan_Masyarakat_Baba_Dan_Nyonya_di_Melaka

klik sini untuk muat turun artikel


Monday, February 27, 2017

Cara Bayar Bil UiTM Melalui Online Banking / Perbankan Internet Bank Islam (www.bankislam.biz)

Macam mana nak bayar Bil UiTM melalui Online Banking / Perbankan Internet Bank Islam?
pertamaaaa sekali kena ada Bank Islam Internet Banking Account !
kalau tak ade macam mana nak log in kan?

so cara paling mudah untuk bayar,

1  . Layari https://www.bankislam.biz/
2  . Klik Internet Banking Login
3  . Masukkan User ID (Username) dan klik Login
4  . Pastikan Private Image and Private Word betul, kemudian klik /, 
5  . Masukkan Password dan klik Login
6  . Pilih Bill Payment, klik Bill Presentment
7  . Pilih Universiti Teknologi MARA pada bahagian senarai penyedia perkhidmatan. Klik Next.
8  . Masukkan nombor Kad Pengenalan Pelajar . Klik Next.
9  . Senarai Bil yang perlu dijelaskan oleh pelajar akan tertera di skrin.
10. Klik dan Pilih Bil yang hendak dibayar. Klik Pay.
11. Skrin berikutnya akan menunjukkan butiran pembayaran seperti nama pelajar, nombor pelajar, 
      nombor bil dan amaun yang perlu dibayar.
12. Pilih sumber akaun untuk membuat pembayaran. Klik Pay untuk meneruskan pembayaran.
13. Skrin berikutnya akan menunjukkan butiran pembayaran yang hendak dibayar sebelum pengesahan dibuat.
      Request IAC number. IAC number akan dihantar melalui SMS ke phone anda.
14. Masukkan IAC number, kemudian klik Confirm untuk mengesahkan pembayaran atau sebaliknya. Skrin pengesahan pembayaran akan dipaparkan beserta nombor rujukan.
15. Cetak slip bayaran untuk rujukan.

sumber : Bendahari UiTM

Untuk semak balik bil yang awak dah bayar tadi. boleh ulang langkah ni,

6  . Pilih Bill Payment, klik Bill Presentment
7  . Pilih Universiti Teknologi MARA pada bahagian senarai penyedia perkhidmatan. Klik Next.
8  . Masukkan nombor Kad Pengenalan Pelajar . Klik Next.
9  . Senarai Bil yang perlu dijelaskan oleh pelajar akan tertera di skrin,
      Kalau bil tu betul kita dah bayar, dia takkan keluar lagi bil tu. so, takkan terbayar dua kali la.
      Kecuali, kalau UiTM terjana bil yang sama banyak kali. Kalau kes mcm tu, cepat cepat rujuk
      bendahari untuk cancel bil yang terlebih tu. Kalau terbayar, ambik masa yg lama untuk dapat
      refund.

Boleh juga check online. Tapi lazimnya status Bil akan di update dalam masa 3 hari.
Langkah-langkah seperti berikut;

> Klik Student Portal 
> Login
> Klik FinEportal
> Klik Bil Pelajar 
> Semak Bil yang masih Belum DiBayar

sumber : Bendahari UiTM

untuk tahu Cara Bayar Bil UiTM Melalui ATM Bank Islam, Boleh klik SINI

okay. setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini.

terima kasih.



amyryqa.my



pihak amyryqa.my tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kesilapan dalam urusan Tuan/Puan

Cara Bayar Bil UiTM Melalui ATM Bank Islam

Macam mana nak bayar Bil melalui ATM MACHINE?
kena pastikan awak guna ATM Bank Islam ye.
JANGAN SESEKALI BAYAR BIL MELALUI CASH DEPOSIT MACHINE / deposit transfer!
sebab nanti bendahari tak boleh detect/kesan siapa yang bayar. student UiTM sangat ramai.

so cara paling mudah yang InsyaAllah tak kan tersilap.
lepas dah pilih Bahasa dan masukkan nombor PIN,

1. di skrin Menu > klik Lain > klik Pembayaran Bil / Yuran IPT 
2. Masukkan No. Kad Pengenalan Pelajar (bukan ID pelajar ye. saya pernah tersilap T_T)
3. click Bil mana yang nak bayar > pastikan amaun dan bil yang betul (sebab kadang kadang banyak bil keluar)
4. simpan slip

Untuk pastikan yang awak dah bayar bil tu.
Cuba lagi sekali ulang langkah dibawah
1. di skrin Menu > klik Lain > klik Pembayaran Bil / Yuran IPT 
2. Masukkan No. Kad Pengenalan Pelajar 
3. kalau betul dah bayar, bil yang kita dah bayar tadi takkan keluar lagi.

Boleh juga check online. Tapi lazimnya status Bil akan di update dalam masa 3 hari.
Langkah-langkah seperti berikut;

> Klik Student Portal ( http://istudent.uitm.edu.my/nsp/home/main.asp )
> Login
> Klik FinEportal
> Klik Bil Pelajar 
> Semak Bil yang masih Belum DiBayar

untuk tahu Cara Bayar Bil UiTM Melalui Online Banking / Perbankan Internet Bank Islam,
Boleh klik SINI

okay. setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini.

terima kasih.



amyryqa.my



pihak amyryqa.my tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kesilapan dalam urusan Tuan/Puan

Thursday, September 8, 2016

Cara Mohon Mini Transkrip Akademik UiTM dan Surat Tamat Pengajian

HAI EVERYONE :)
Untuk Cara Mohon Transkrip Akademik dan 
Surat Pengesahan Tamat Pengajian UiTM yang paling LATEST boleh klik sini yaa :)

assalamualaikum.

hai semua :)

kali ni mia nak share cara mohon mini transkrip.
cara yang mia share ni open untuk semua student UiTM yang nak ambil mini transkrip kat UiTM Shah Alam.

mini transkrip ni sehelai kertas biasa je yang ada results dari first sem sampaila sem yang terkini.
bukan jenis yang sijil tu. yang sijil tu kita panggil :
Transkrip Akademik / Tranksrip Akademik Rasmi / Tranksrip Penuh
kalau nak mohon transkrip rasmi boleh click SINI.

-

okay. berbalik kepada mini transkrip. cara dia.

1. Pergi Bendahari Zon 6. Bendahari ni kat bangunan SAAS tu.
    (kalau jumpa Affin Bank, belakang Affin Bank tu ada tangga, naik 1 tingkat. lepas tu bendahari kat sebelah kiri)
    pergi kat kaunter. cakap nak bayar untuk mini transkrip. nanti dia mintak ID. lepastu bayar RM1 sahaja :)

2.  Next, ambil mini transkrip.
     Okay untuk yang ni. Bagi student UiTM Shah Alam. Awak kena ambik kat pejabat faculty sendiri.
     Untuk student kampus lain awak boleh ambik dekat Bahagian Rekod dan Konvokesyen.
    (kat mana? haa kat sebelelah Affin Bank tu ada Pejabat Pos kan. naik 1 tingkat dari tangga dekat dengan Pejabat Pos tu.
    dah sampai).
    Sampai, ambik nombor. tekan butang merah tu. Pastu cakap nak ambik mini transkrip. bagi resit tu.
    Tunggu kejap. Siap!

3. INFO TAMBAHAN.- Surat Tamat Pengajian
    Untuk yang dah tamat/berhenti belajar. Awak boleh ambil surat tamat pengajian dekat Bahagian
    Rekod dan Konvokesyen ni. So alang alang ambik mini transkrip tu, boleh minta sekali.
    Macam mana? Cakap je nak ambik Surat Tamat Pengajian. Nanti dia minta ID je. Kejap je pastu siap.
    Lepas tu. boleh request nak surat tu version BM ke English. Untuk Surat Tamat Pengajian ni, semua kampus boleh ambik kat sini.

okay easy kan :)
1. Bayar RM1 kat bendahari Zon 6 SAAS
2. Ambik transkrip dekat Faculty sendiri atau Bahagian Rekod Konvo SAAS
3. Ambik surat tamat pengajian dekat Bahagian Rekod Konvo SAAS

siap!

thank you.


amyryqa.my

Friday, August 19, 2016

Cara Mohon Transkrip Akademik dan Surat Pengesahan Tamat Pengajian UiTM

updated 2019

assalamualaikum semua!
dah lama tak update. kali ni i nak share perkara yg sama.
CARA MOHON TRANSKRIP UiTM 2019 & SURAT TAMAT PENGAJIAN UiTM 2019.
prosedur berubah-ubah. so since, my sis baru je mohon why not i share kan cara yang paling latest setakat ini.

1. MOHON TRANSKRIP ONLINE DAN BAYAR KEPADA BENDAHARI
klik SINI untuk mohon MOHON TRANSKRIP RASMI anda secara online.
isikan maklumat pengajian anda dan klik LOGIN


kemudian, klik button New Application


lepastu, isikan form ni. ada option boleh ambik by hand atau pos ke alamat rumah /universiti.
RM 10.00  SELF COLLECT / POST 
okay. so for my sis. haruslah ambik yg by pos ke alamat rumah sebab harga pun sama.

okay. lepastu kena upload salinan IC yang disahkan dalam format PDF.  
habis isi dan upload. klik Submit Application!


bil anda akan dijana pada hari yang sama permohonan dihantar secara online.

lepastu boleh klik SINI untuk semak bil anda di Portal Pelajar. atau lebih mudah, klik link dibawah kemudian edit nombor id pelajar anda dihujung link tersebut

lepas bil dah dijana je, bolehlah pergi bayar kat ATM atau melalui Bank Islam online banking.
sama je cara macam bayar yuran setiap sem.
untuk cara bayar bil melalui ATM Bank Islam, boleh click SINI
untuk cara bayar bil melalui Bank Islam online banking (www.bankislam.biz),boleh click SINI
settled.
sila SIMPAN BUKTI PEMBAYARAN. simpan slip elok elok ok :D 

2. DOWNLOAD DAN ISI BORANG PERMOHONAN

i.  Borang Permohonan Transkrip 
borang ni dah isi online seperti yang diatas tadi, lepas bayar. korang tunggu payment status dia tulis PAID. save borang tu as PDF.

ii. Borang Permohonan Surat Pengesahan Pelajar - download
lepas download. isi borang ni.
tak reti nak isi sebab pdf?
open guna Adobe Acrobat Reader DC. click dekat Fill & Sign.
lepastu isi la boleh sign lagi >.<
jangan lupa SAVE tau!
takde Adobe Acrobat Reader DC klik SINI untuk install


3. EMEL KEPADA PEGAWAI BERTUGAS
klik SINI untuk semak siapa pegawai bertugas untuk fac korang
kenalpasti siapa kerani/ kerani kanan yg incharge pastu take note email dia.

as for my sis. Fakulti Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), 


pastu emel pegawai bertugas tu. attached sekali borang mohon transkrip and borang pengesahan pelajar yang lengkap dan slip bayaran.

To         : umi345@uitm.edu.my
Subject : BORANG PERMOHONAN TRANSKRIP, BORANG PENGESAHAN PELAJAR & SLIP BAYARAN
        Kepada: Pn. Umi Khalsom Othman, Kerani Kanan
Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Saya Amirah 'Adlina XXXXX (2015283XXX), pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Muamalat (Kepujian), Fakulti Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Shah Alam ingin membuat permohonan transkrip akademik dan surat pengesahan tamat pengajian.
Cara tuntutan : Pos
Saya turut kepilkan :
1. Borang Permohonan Transkrip
2. Borang Permohonan Surat Pengesahan Pelajar
3. Slip Pembayaran Bil Pelajar
Terima kasih.
        Amirah 'Adlina
        017-3333333
        amyrxxxx@yahoo.com

4. TERIMA & TAMAT

lebih mudah kan? proses pencetakan/pengeposan dalam masa 4 hari bekerja selepas bil dibayar.(biasanya dalam masa 5 hari)
ambik masa 9 hari untuk sampai dari tarikh pos (dalam Selangor).

18/04 Apply
19/04 Bayar Bil
22/04 Dokumen Dicetak
24/04 Dokumen Dipos 
02/05 Terima Dokumen

macam my sis, dia ambik masa dalam 15 hari daripada tarikh mohon, bayar dan sampai rumah :)





okay. itu je perkongsian kali ni,
bye :) 
p/s: congratulations yg dah tamat belajar or yg nak sambung belajar :) 
all the best!

amyryqa.my






sumber : 
BAHAGIAN PENGURUSAN REKOD & KONVOKESYEN UiTM
BAHAGIAN PENGURUSAN KEWANGAN PELAJAR UiTM


kredit:
Amirah 'Adlina

p/s: dear readers/blogger/UiTMians, sila jangan plagiat pos ini. credit mana credit

#transkripuitm #caramohontranskripuitm #transkripuitm2019



share la experience korang di ruangan komen. boleh tambah info untuk kawan-kawan UiTM lain :)

Sunday, March 20, 2016

one step at a time

I sleep less.
I sleep late at night (morning).
I wake up early (like really really early).

I eat less.
I eat when my friends /sister asked to join them. (ty)
I eat when someone send me food. (you're so kind. ty)
Most of the time I don't eat.
I forgot to eat.  I don't even get hungry.

My time is really precious 💍.

Most of my time, I spent in front of my laptop. Thinking. Googling.  Researching. Praying. Crying. Drinking (due to equinox and El nino) haha

Sometimes, you just don't know
what is the best for you. 
what really meant for you
and eventually
everything will make you tired.
really really tired.

Thank you everyone.

bila kau tak tahan lelah nya dunia,
tu peringatan betapa lemah nya kau utk alam yg sana.

Wednesday, March 2, 2016

Senarai Kursus yang ditawarkan di UiTM 2016 untuk Lepasan SPM !

Assalamualaikum adik adik, ibu ayah, kakak abang yang prihatin :)
Okay, result SPM dah keluar. Nak ambik kursus apa ni untuk sambung belajar??

Bagi yang tak tahu nak ambik apa,
First kali, lepas dapat result cek dengan result yang adik dapat tu, adik layak ambil kursus apa.
boleh check di website Selangkah @ UiTM atau e-Syarat UiTM
Lepas check, dari situ adik pilih kursus mana yang adik minat.

Kalau dah ada yang adik mmg minat, pastikan lepas syarat untuk ambil program sebelum memohon. Kalau tak rugi. Pilihan ada 8 je. Kalau 8 8 yang adik pilih tu tak layak, kan dah rugi. Mcm tu..

Cth :
- SPM tak ambil subjek Fizik, so mmg tak lepas nak ambik kursus kejuruteraan
- SPM dpt Fizik D, so tak lepas ambil kejuruteraan sebab Syarat minima, Fizik atleast Kepujian.

Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran:
Matematik 
Matematik Tambahan 
Fizik 
Bahasa Inggeris
DAN
Lulus Kimia


KEPUJIAN tu ape?
Kepujian tu sekurang-kurangnya dapat C.

Lagi,
Kalau anda perhatikan, ada kat certain kursus tu ada hashtag / tanda #.
Itu bermaksud kursus tu ada temuduga.
Kalau adik minat kursus tu. 
Masa isi UPU tu, letak kat bahagian atas sekali.

Kenapa?
Sebab Kursus Bertemuduga ni akan di proses dulu.
Maknanya, katakanla dapat temuduga, pass temuduga.
yang pilihan lain tu tak dapatla.
** So kalau rasa mcm so so, minat kursus lain. takyah lah letak kursus yang ada temuduga. Rugi space je.
Kalau tak pass temuduga, dia kan proses pilihan yang lagi 7 tu.
Jangan risau.

Okay, ni senarai kursus yang UiTM tawarkan utk Lepasan SPM 

Bil Kod Nama Program
1 E0001 ASASI SAINS (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
2 E0150 ASASI TESL# (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
3 E0400 ASASI KEJURUTERAAN (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
4 E0600 ASASI UNDANG-UNDANG (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
5 E0601 ASASI UNDANG-UNDANG (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
6 E2000 DIPLOMA SAINS (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
7 E2001 DIPLOMA TEKNOLOGI MAKANAN (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
8 E2031 DIPLOMA KEJURURAWATAN (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
9 E2033 DIPLOMA TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
10 E2034 DIPLOMA PEMULIHAN CARAKERJA (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
11 E2035 DIPLOMA FISIOTERAPI (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
12 E2036 DIPLOMA KESIHATAN PERSEKITARAN (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
13 E2037 DIPLOMA PENGIMEJAN PERUBATAN (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
14 E2041 DIPLOMA TEKNOLOGI TEKSTIL (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
15 E2042 DIPLOMA INDUSTRI PERKAYUAN (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
16 E2043 DIPLOMA KIMIA PERINDUSTRIAN (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
17 E2044 DIPLOMA MIKROBIOLOGI (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
18 E2045 DIPLOMA TEKNOLOGI POLIMER (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
19 E2054 DIPLOMA PENGURUSAN LADANG (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
20 E2060 DIPLOMA FARMASI (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
21 E2111 DIPLOMA SENI LUKIS DAN SENI REKA# (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
22 E2112 DIPLOMA SENI MUZIK# (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
23 E2121 DIPLOMA TEKNOLOGI KREATIF (SKRIN)# (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
24 E2122 DIPLOMA TEKNOLOGI KREATIF (PENULISAN ARTISTIK)# (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
25 E2123 DIPLOMA TEKNOLOGI KREATIF (TEATER)# (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
26 E2124 DIPLOMA TEKNOLOGI KREATIF (PENGURUSAN INDUSTRI KREATIF)# (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
27 E2125 DIPLOMA ANIMASI# (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
28 E2130 DIPLOMA KOMUNIKASI DAN MEDIA# (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
29 E2131 DIPLOMA KOMUNIKASI MEDIA BARU DAN KEUSAHAWANAN KANDUNGAN# (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
30 E2201 DIPLOMA PENGURUSAN MAKLUMAT (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
31 E2210 DIPLOMA PERAKAUNAN (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
32 E2211 DIPLOMA SISTEM MAKLUMAT PERAKAUNAN (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
33 E2220 DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
34 E2221 DIPLOMA PENGAJIAN PERBANKAN (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
35 E2222 DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN (INSURAN) (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
36 E2226 DIPLOMA ANALISIS PELABURAN (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
37 E2227 DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN (PENGANGKUTAN) (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
38 E2228 DIPLOMA MUAMALAT (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
39 E2230 DIPLOMA PENTADBIRAN AWAM (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
40 E2232 DIPLOMA PENTADBIRAN KORPORAT (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
41 E2240 DIPLOMA PENGURUSAN HOTEL (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
42 E2241 DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
43 E2242 DIPLOMA SENI KULINARI (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
44 E2243 DIPLOMA PENGURUSAN PERKHIDMATAN MAKANAN (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
45 E2244 DIPLOMA PENGURUSAN HALAL (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
46 E2245 DIPLOMA SENI PASTRI (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
47 E2250 DIPLOMA PENGURUSAN TEKNOLOGI PEJABAT (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
48 E2260 DIPLOMA PENGAJIAN SUKAN# (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
49 E2261 DIPLOMA PENGURUSAN SUKAN DAN REKREASI# (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
50 E2290 DIPLOMA PENGURUSAN PERPUSTAKAAN (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
51 E2300 SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) SENIBINA # (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
52 E2302 DIPLOMA SENIBINA LANDSKAP# (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
53 E2303 DIPLOMA UKUR BANGUNAN (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
54 E2304 DIPLOMA REKA BENTUK DALAMAN# (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
55 E2310 DIPLOMA BANGUNAN (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
56 E2320 DIPLOMA PENGURUSAN HARTANAH (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
57 E2330 DIPLOMA UKUR BAHAN (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
58 E2340 DIPLOMA PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH# (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
59 E2350 DIPLOMA SAINS GEOMATIK (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
60 E2410 DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
61 E2421 DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK (KUASA) (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
62 E2424 DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK (KAWALAN DAN INSTRUMENTASI) (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
63 E2425 DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK (ELEKTRONIK) (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
64 E2430 DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
65 E2440 DIPLOMA KEJURUTERAAN KIMIA (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
66 E2810 DIPLOMA SAINS KOMPUTER (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
67 E2820 DIPLOMA SAINS MATEMATIK (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
68 E2821 DIPLOMA SAINS AKTUARI (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)
69 E2822 DIPLOMA STATISTIK (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)



kalau ada pertanyaan, sis bantu yg mana boleh :)




amyryqa.

Thursday, September 17, 2015

Allah is The Best Planner

Bismillah.

actually harini hari kedua terakhir utk internship. so patutnya happy la kan.
esok last day dah takde ape dah. sekejap (lama) dah 3months.

harini ada presentation pukul 1100am. keluar rumah pukul 0945am. perjalanan Seri Kembangan - Shah Alam 40 mins. tapi tadi sampai pukul 1130am. perjalanan 1jam45min. mcm balik raya. baru je sampai gate uni VL msg. suruh dtg next week "since you lambat. saya ada hal". perasaan waktu tu Allah je tahu. tak minta hujan lebat & jammed. tak minta ada more than 5 accidents.

rasa terkilan tu sebab dah sampai. bukan belum. rasa mcm down gila. dari semalam tak tidur prepare utk presentation ni. rasa takut sampai takleh tidur. i did asked pukul berapa boleh jumpa lagi. takpe saya tunggu. tapi dia cakap next week. my friend supposed jumpa dia at 1200pm. tapi dia tak cancel pun? sampai je depan fac takkanlah tak turun dari kereta. takkanla nak cakap VL msg suruh dtg lain kali. waktu tu pun mata dah berkaca. tak sanggup rasanya nak cakap kat abad. turun pergi luar library. try contact VL utk minta maaf. tapi no response. sedih waktu tu mcm mana nak cakap. tak nangis tapi mata tu berkaca sendiri. pastu tetiba ada lelaki lepak situ jugak. ish sibuk je. lepas half an hour. baru pergi balik kat kereta and i pretend to be okay and gelak gelak. "dia takde. dia ada hal. dia suruh dtg next week" and then my dad cakap"sorry la qaqa." tu just buat lagi sedih.bukan salah dia!


plan keluar rumah awal lagi. tapi hujan lebat sgt. before that VL msg dah tanya jadi ke dtg hujan lebat ni. tapi time tu dah keluar rumah. rasa bersalah sebab buat dia tunggu. rasa lagi sedih sebab dah left bad impression. Allahu. tapi entahla. takde sape pun salah. ada hikmah. InsyaAllah. sampai skrg tak boleh nak cakap tak sedih. semalam birthday my friend. i planned to wish his birthday today at 1200pm. bila dah betul betul merdeka. tapi takde rezeki kan. awie pulak harini tetiba course registration dia ada problem : kena drop dari subject propulsion. kesian awie.

bila jadi org yg tersusun. semua benda nak plan. even nak order kfc pun plan nak cakap apa. pasal plan ni, since diploma dah plan hidup utk sampai kerja. tapi bila something happen and everything turn out to be lain sangat dari yg kita rancang tu. takut ada. tak confident ngan diri sendiri.
ada org pernah cakap
 "awak suka rancang life awak. jangan berharap. nanti kalau tak dapat kecewa"
haha testimoni dari org yg tlg hancurkan plan.

okay. its okay utk plan. TAPI buat plan BCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ! okay?
positive.takpela. dah biasa kecewa.hahaha
InsyaAllah. Allah nak bagi lebih baik. Sabar. :)



thanks A&A. you know who you are.

Alhamdulillah :)